Saturday, November 21, 2009

Bukan sekadar Nasi Ayam!!


Setelah seminggu cuti,,,hidup bertemankan Sumayyah dirumah,,memang mengundang KEMALASAN untuk memasak hanya untuk kami berdua,,,,

Sorry mayyah!!Adusy,,,,,

Tambahan pula kehabisan segala stok runcitan di rumah,,,(hohoho,,alasan!!),,Sumayyah pula sibuk dengan urusan perniagaan di alam maya,,,Kabinet simpanan makan dan peti sejuk sering kali dibuka dengan harapan ada simpanan yang berguna,,,=)

"Jom pegi Carrefour malam neh!?"

Yeay!! Let's go!!
Jenuh memujuk adikku yang bertuah ini,,,,

"Aahla da lama da x kuar ngan korg",,,taw x pe,,,

Akhirnya,,,

Chicken Rice ShOp!!,,,Bukan Sekadar Nasi Ayam,,,,


Chicken Rice!! Bolehlaa,,,

Kebetulan pula di sebelah kami terdapat sebuah keluarga yang sedang asyik menjamah makanan. Namun, kelihatan salah seorang daripada anak mereka sedang bermain seorang diri di sebelah ayahnya tanpa menghiraukan yang lain. "Kakak makan neh" hulur ayahnya sesuap nasi terhadap 'kakak'. Kakak sekadar membuka mulut dan terus bermain seorang diri.
"Autisme kot" aku bermonolog,,,


"Kak tkah Autisme tukan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,"

Ya Allah,,Dr nih,,it was so obvious!! Maaf lah Dr oit,,tak dengar pun apa persoalannya,,,,

Segera ditukar topik perbualan ketika itu,,,Adusy,,,,Semoga mereka di sebelah leka dengan hidangan,,,

Mohon maaf atas keterlanjuran,,,Kekadang kita tak berapa peka akan sekeliling kita,,,Segalanya kebetulan,,,kebetulan kauthar ingin berkongsi cerita tentang pesakitnya di hospital yang mengidap Autisme,,,kebetulan la pula,,,,,

haa,,,sebelum neh la Kauthar 'ter'cakap,,,wawawa,,,


Inilah serba sedikit perkongsian mengenai Autism,,,Kauthar bacalah!!

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

  • Tidak suka bersosial.

  • Pendengaran tidak normal.

  • Mengelak daripada bertentang mata.

  • Gangguan pertuturan.

  • Corak kelakuan yang berulang.

  • Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.

Sumayyah! Cheeezzzzzzzzzz!!

Jika tidak salah diagnose,,betullah 'kakak' tadi mengalami Autism,,,
Apa yang mengagumkan adalah kedua ibu dan ayah tadi,,,Tahniah!!! Sudah pastinya mencabar kesabaran,,,,Chicken Rice Shop,,,,terima kasih,,,,Jauh perjalanan luas pandangan,,,

3 comments:

  1. caption 4 the last pic:betapa gembiranya adikmu ini setelah bertemu dengan nasi buat sekian lamenye tidak ku temu..hoho

    ReplyDelete
  2. hari neh ak masak ek,,,,,,lasagna,,,,nak rase???

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails