Showing posts with label amanah. Show all posts
Showing posts with label amanah. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

setahun berlalu..

21  Mei 2012

Masih jelas di ingatan tatkala lafaz "Aku terima nikahnya 'Atikah bt Zahir...". Setiap kali teringat saat itu.. Alhamdulillah. Beliau masih di sisiku......

Macam tak percaya je..cukup setahun kami bersama. Alhamdulillah. Aku rasa cukup bertuah untuk dapat hidup bersama suamiku. Terima kasih Allah. Semoga beliau pun turut merasakan perkara yang sama……

Betul. Perkahwinan ini satu perkongsian yang penuh dengan tanggungjawab. Perkahwinan mestilah diiringi dengan matlamat yang satu…Apa yang dikejarkan? MARDHATILLAH…..Memang betul sangat. Aku perlukan suamiku untuk mendapat keredhaan Allah. Begitu juga dengan beliau. Aku diperlukan.Alhamdulillah.

“Baru setahun jagung!” haah..betul.. Jika diizinkan Allah, jauh lagi perjalanan kami. Banyak lagi cabaran, dugaan, cubaan, ujian yang bakal ditempuh. Semoga kami sama-sama tabah untuk menghadapinya.

Setahun masih belum cukup untuk melabel aku ‘Isteri solehah’ dan rasanya sampai bila-bila pun masih belum boleh dilabel begitu. Tapi apa yang aku tahu….”Apabila seorang suami itu meredhai isterinya, pilihlah mana-mana pintu syurga yang dikehendaki, InsyaAllah tiada yang akan menolak”…

Abang..Redhakanlah sayang…….

Bertambah lagi kegembiraan kami dengan kehadiran buah hati kami. Mus’ab Mohd Taufik. Bertambahlah tanggungjawab kami. Kalau berfikir panjang. Memang takut untuk aku tempuh masa depan. Tapi, dengan kehadiran suami di sisi, InsyaAllah..Mus’ab akan menjadi pelaburan kami yang sangat bermakna. InsyaAllah..

Apa yang penting sekarang. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami dan semoga setiap detik sayang di sisi abang akan diiringi dengan pahala dari Allah sw.t. Ameennn…

Semoga kita bertemu lagi di syurga nanti. Terima kasih Allah kerana pinjamkan saya Mohd Taufik Abdullah! =) Alhamdulillah…

Saturday, May 19, 2012

Mus'ab dan MUNTAH

Alhamdulillah.. today is Mus'ab's 53rd day...eh haahla.. it is not 2 months yet...but he is more than 5 kilos! He is sleeping soundly for the moment!! huhuhuhu~ sempatla ummi membebel jap kat blog yang dah lama kusam-musam ni..

 After 53 days became a mother... I knew there are more challenges awaitings..but..I am happy! be optimist! =)) Walaupun pernah satu masa..Mus'ab menangis tak henti-henti..sampai Ummi dia pun nangis sama...wawawawa...Yela.. baru beberapa hari jadi mak..sikit-sikit call angah ke mak ke ..tanya itu dan ini.. terlalu banyak persoalan..too much experiments to be done! kesian betul Mus'ab..sokmo jadi spesimen..

Sekarang Mus'ab salalu muntah..lepas menyusu je mesti muntah..walaupun dah burp...kekadang tu sampai terpancut-pancut..euwwwwwww! apelah Mus'ab ni...=p Sibuklah saya meng'google' pasal benda ni..mmg normal rupanya.. reflux...this is due to some reasons. The reasons could be as below:
 1)The muscular valve at the end of the food pipe, which acts to keep food in the tummy, hasn't developed properly yet. (in severe case..the baby will have poor feeding! Alhamdulillah.. Mus'ab ni sokmo la nak mwnyusu waima selepas muntah pun)
2)over feeding...klo dah terlebih-lebih susu memang tak sedar pun baby kita dah minum banyak ke tidak...

Benda ni sebenarnya normal je..As long as he grew accordingly...Mus'ab sebulan dulu memang naik satu kg..bagos! mengikut skala yang ditetapkan.. mintak-mintaklah tmbh lagi sekilo bila next check up..insyaAllah...
Mus'ab dengan bear tok su bagi...Yeay!! Mus'ab lebih besar dari bear itu..=))

Comeykan?? Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yang soleh.. tolong doakan Ummi dan Ayah all the time yee...
 Nasib baik comel.. kalau tak mesti Ummi lagi kesian tengok Mus'ab muntah-muntah... Disebabkan selalu sangat muntah..saya rasa satu kerugian pula...susuku sangat berharga..wawawawa..Oleh itu satu inisiatif telah diambil...(sebenarnya atas nasihat seorang member yang turut mengalami situasi yang sama) LIMITKAN tp KERAPKAN penyusuan...dulu saya biarkan saja Mus'ab minum sampai dia sendiri yang berhenti..tapi sekarang saya hanya benarkan dia menyusu 5 minit sahaja..kemudian burpkan..Kalau dia minta lagi..baru bagi...Alhamdulillah...kurang sikit kerugian yang dialami.. huhuhuhuhu~ 

Baiklah..cukup setakat ini....Mus'ab da bising...Assalamu'alaikum...

Tuesday, April 10, 2012

welcome to the world sayang...

24 March : Hyatt, Teluk Cempedak...

"HAPPY BIRTHDAY AYAH!!Thanks for the treat!!" wawawawawaw..Alhamdulillah..we still got chance to be there..

"Mak tak yah lah datang this weekend.Tunggu next weekendla..Still no signs.Next Friday no matter what, i'll be induce.So klo mak datang..confirm da ade baby!" suggested...Tapi ayah masih berdegil..Nak juga datang..To celebrate his birthday at Kuantan..confuse jugakla..Tapi.....Inilah hikmahnya.......

"Abang da 2 kali dah kuar air macam terkencing neh..tapi rasanye bukan terkencing pon.." tenang..Habis basah katilku dibuatnya.

Atas nasihat mak dan ayah, kami tiba di Pusat Bersalin Risiko Rendah, HTAA..

"Abang..doakan sayang yee.." mulalah tak senang duduk.

Aku sudah mula merasakan perutku mengeras lain macam je. Mungkin juga sebab da mula takut. huhuhu...Tapi tatkala itu sakit perutku tidaklah kronik mana pun. Boleh tahan lagi la..Pain scale baru 3-4 kott..Kalau tak silap pernah lagi sakit dari itu.contraction started actually.

"Mengantuknye...! berpinar-pinar mataku dek bersengkang mata..Sabar je laa..Disebabkan ngantuk yang luar biasa itu..aku jadi tak lalu nak makan..Mungkin juga hasil mentedarah di Hyatt malam tadi..huhuhu..Kononnya masih kenyang.

"Sorry puan, we didn't found any leakage"terang HO itu.

"Habis tu air tu ape?..both of us were curious..

Disebabkan sudah 2 kalo aku mengalami keadaan itu( konon leaking tapi tak), sebagai langkah berjaga-jaga aku ditempatkan di wad melur untuk pengawasan. Lagipin contractionku masih lagi once in 10 minutes..

Seawal jam 8 pg aku ditemani Taufik untuk berjalan ke wad. Sempat pula "mesti sebab makan banyak sangat semalam neh.." kami melawak...

"Aiyoo..leakage coild be found anywhere. Not just here..She's in laborla" Dr Sundren mengajar HO sekalian..

Sakitku semakin kerap..Sakitnya..boleh tahanla..masih lg 3-4..tapi dekat-dekat nak pukul 11 pagi..sakitnya bertambah dahsyat dan semakin sakit!! Terus 5 dah dan contraction menjadi 4 in 10 minutes..

Rupa-rupanya sudah 3cm bukaan....Hebatkan..Patut sakit...

Tepat jam 12.30 tengahari..aku dihantar ke labor room..Kalau tak silap doktor telah memecahkan kantumg ketuban aku seawal bukaam baru 4 cm..it is good to induce labor.Setiap kali contraction datang...Ya rabbi...hanya Allah saja yang tahu..Dah 8-9 dah kot pain scale...

"Puan kalau ade rase nak teran bgtaw kami ye.." pesan doktor muda itu.

I was a bit frustrated with the procedure. In my oppinion..they should allow husbands to accompany theor wives starting at this moments..to ease the pain..I felt like giving up at that moment as the contraction became stronger and stronger but I habe nobody to console me..waaaaaaa!!

lailahaila anta subha naka inni kuntumminazzalimin.......diucapkan sentiasa..Terbayang wajah mak..memang wajarlah betapa tingginya darjat para ibu..

"Dr..saya rasa macam nak meneran dah ni!" jeritku kerana aku tahu semua di situ sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing.

"Ya Allah..misi! tolong panggil suami puan neh sekarang juga!baby da nak keluar dah ni." maka besegeralah Taufik masuk...

Terngiang-ngiang lagi jeritan kata- kata semangat dari doktor, staff nurse, jururawat masyarakat..dan yang pqling penting sokongan suami...Alhamdulillah....

Tepat jam 2.44 petang..keluarlah Mus'ab Mohd Taufik seberat 3.41 kg..normal delivery but vacuum assisted.

Welcome to the world sayang......Ummi doakan Mus'ab akan menjadi anak yang soleh, pembela agama suatu hari nanti..Jadilah seperti Mus'ab bin Umayr....

Ameen...

Monday, April 9, 2012

Ketika itu...(cont)

"Abg..da pegi cek da kat A& E. Doktor kata bukan appendicitis." kataku tenang.

"Alhamdulillah. Abes tu?" he asked me curiously.

"I'm pregnant! UPT Positive bang.."aku menjawab terus terang. Sesungguhnya aku sendiri tak pasti apakah perasaan ketika itu...

Sunyi sepi...

"Abang dengar ke tak tadi?" confused...

Perasaan bercampur baur. Memanglah kan..da kahwin...mestila lepas tu UPT positive! huhuhuhu..

Macam-macamlah yang terlintas...baru sebulan kahwin..da melekat la pula..Tapi..isn't it part of the plan? The right timing! Tapi...we didn't expect this soon..ye keee...wawawaw..Tapi..mampukah aku? Macam mana nak beranak nanti..boleh ke?? Nak tukar lampin pon x tahu...dan yang paling merunsingkan..am i going to be a good mother? hmmm..

This is me...i love to think a lot....until no action can be taken! Dalam erti kata lain..Aku yang serabut! huhuhu..Ayah selalu pesan.."pikirla satu-satu..Lepas da setel satu, barula pikir yang lain pulak"..

"Alhamdulillah.."itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut suamiku setelah beberapa minit diam beribu...

"Sayang da buat solat sunat syukur tadi.
Abang doakan kita sama-sama dapat get through everything ye.."

insyaAllah...
Anak itu amanah Allah..Ibubapalah yang mencorakkannya..Cantik lakarannya..cantiklah lukisan itu nanti..

Saturday, December 10, 2011

Ketika itu.....(cont)

"Atikah lunch jom! Makan mana?" Maya kelaparan.

"Tak pelah hari ni cam tak lapar pon. Lagi pun tadi dah makan heavy time breakfast." Aku terus menolak. mungkin kepala masih lagi berfikir tentang itu.....

Mataku terus menerus tumpu ke monitor.

Nak cek ke tak...nak cek ke tak...nak cek ke tak....haisyyyyyyyyyyyyy~ Benci pada situasi itu. Nak tahu tapi takutttttt.

Tanganku terus menaip nombor pendaftaranku di hospital. Dalam sekelip mata semua sejarah perubatanku di hospital itu keluar. Sejuk beku tanganku tatkala itu. Aku terus menerus 'scroll' tetikus ke bawah untuk menjejaki ujian yang telah ku lalui sebentar tadi.

.....................................................................................................................................................................................................................................................
Sememangnya bermulalah satu lagi permulaan titik baru dalam liku-liku hidupku.

UPT : POSITIVE

Lagila...Tak tahu nak buat apa.......Aku terus menerus berfikir...Macam-macamlah yang difikirnya...

Sekitar jam 3 petang...

"Atikah Dr Janz call," KK panggil dari belakang.

Aku macam dah tahu je apa yang nak dikatakannya.

"Atikah!! Why don't you call me back!? This is my second call taw! I've a very exciting news! Sebab tuh I try jugak call you sampai dapat." Dr Janz seakan menjerit. Nak marah ke excited? Aku pun keliru...

Ye..ye.. i've browsed through my notes....huhuhuhuh~

"Congratss Atikah!!"

Aku tersenyum........

Ketika itu...

Malam itu kami cuba tidur awal untuk bangun seawal 4 pagi keesokkan paginya dan terus bergerak menuju ke LCCT. Aku perlu ke Tumpat untuk berinduksi. Taufik pula akan terus pulang ke Pekan.

"Abang macam sakit je perut ni", aduku.

"Meh abang sapu minyak" segeralah Taufik bertindak.

Malangnya keadaan semakin parah. 'Pain scale'ku bertambah dari 2 ke 7 secara mendadak! Aku cuba untuk mengherotkan badanku untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.

"Ok tak nih??" tanya suamiku.

"Abang panggil mak boleh??". Entah kenapa walaupun suamiku ada di depan mata namun mak juga yang ingin ku jumpa.

"Mak, sakit sangat", kataku teresak-esak.

"Taufik, bawa tikah pergi klinik terus! Tak pernah pula mak tengok dia sakit perut macam ni. Nak kata period pain, tapi masih belum lagi kan? Lagi pun dia mana pernah senggugut before this," mak cuba mengaagak.

Betul kata mak. Pelik...Aku gagahkan diri untuk menapak ke kereta.

Di klinik...

"Doktor tolong cucuk saya dengan voren", rayuku agak aku perut segera kembali selesa.

Teruk betul.....Ini semua angkara kursus induksi yang akan berlangsung mulai esok itu. Tambahan pula tiket kapal terbang yang telah dibeli. Rugi laaa....

"Mungkin awak ni kena UTI. Kencing sakit tak?" tanya doktor.

"Tak pula,"jawabku lemah tapi lega setelah doktor mengikut sarananku.

Jam telah menunjukkan pukul 3 pagi. Aduyai...Banyak pula persoalannya. Namun, sebagai konklusi..

"Baiklah saya akan refer awak ke hospital. Kat hospital mreka akan kaji dengan lebih mendalam lagi sakit awak nih" mudah kan kerja doktor ni. Ish, ish, ish...Kami pulang ke rumah.Kalau ikutkan suamiku, teruslah kami ke hospital. Tapi, degilku menang, kami terus pulang ke rumah. Aku tetap bertegas untuk ke Tumpat. Astaghfirullah...Sian abang.....

Keadaanku sepanjang minggu di Tumpat baik. Sehinggakan aku terlupa akan sakit yang teramat yang telah kulalui.

"Kalau sakit sikit je, terus pergi hospital.Jangan tahan-tahan lagi.Balik dari induksi terus pergi jumpa doktor kat hospital. Suruh dia cek semua sekali" tegas suamiku. Risau dengan degilku.....

"Tikah da pergi jumpa doktor belum?" itulah soalan pertama Taufik pada hari Isnin setelah aku masuk kerja.

Alamaks......"Ye ye..tikah pergi kejap lagi..." itula...padan muka. Boleh pula aku lupa janjiku.

Alhamdulillah... Nasib baik di Ampang ini ada satu klinik khas untuk staf. Kalau sakit boleh terus jumpa doktor. Mungkin sebab itulah semua staf hospital ini akan kenal mesra dengan Dr Janz.Aku segera menunjukkan surat 'referral'ku kepada Dr. Janz.

"It has been a week! Ayoyo Atikah...Now, do you feel any pain?" ni semua Taufik punya pasal, siapa suruh paksa aku pergi jumpa doktor? huhuhuh

"Not at all, even for the last few days. i've just retuned from induction course last week. I experienced it the night before I off to Tumpat." kenalah bercerita panjang.

Macamana pun, sebagai seorang doktor yang berkaliber, Dr Janz terus melakukan PE keatas diriku.

"Wait a," pesan Doktor.

"They suspect that this patient is having appendicitis. Since you've just undergo appendisectomy last week why don't you double confirm what i've found." berbincanglah dua orang doktor itu.

"Eip..awak punya last period bila?" tanya dr Ayu.

"Patutnya 2 hari lepas saya punya due. Tapi tak peod lagi" jawabku selamba.

"Haa......pergi amek air kencing. Staff Nurse. UPT ye"arah Dr Ayu.

"Atikah you dah kawen kee?? Belum kan? Bila you kawen? Last time kita jumpa you belum kawenkan?" dengan mata-mata sekali Dr Janz bertanya.

wawawawa~ memangla, 'Last time' kita jumpa tu zaman bila dr oit....mula-mula lapor diri rasanya...

Aku pon sebenanrya terdiam..."Betul ke dr. nak buat UPT?" teragak-aak. "Baru 2 hari lambat. Memanglah selalunya period cycle saya tepat. Tapi, nak kena buat sekarang ke?"masih teragak-agak.

No choice...

"Nanti apa-apa contact saya ye at this extension XXXX." Aku terus menapak dalam kebisuan.

Saturday, September 24, 2011

a.m.a.n.a.h

=))) Rabu lepas genaplah 5 bulan perkahwinan 'Atikah Zahir dan Mohd Taufik Abdullah....
Lagi happy bila kira-kira, Khamis depan genaplah 14 minggu kandungan 'Atikah Zahir dan Mohd Taufik Abdullah....=))) Kadang-kadang kalau fikir-fikir balik, rasa baru macam semalam En Zahir Hassan menikahkan 'Atikah Zahir dengan Mohd Taufik Abdullah....Alhamdulillah =))))

Memang hari-hari senyum memanjang kalau tetiba terpegang perut...yelah..lebih-lebih lagi bila suami tak de di sisi.Walaupun sering teruji dengan pelbagai ragam baby. Hormonal changes...Alhamdulillah, ujian tak sehebat sekarang semasa Ramadhan lepas. Dapatla nak puasa hari-hari...Sekarang....tak dapat langsung bertahan untuk puasa 6! =((( Selalu dapat puasa separuh hari je!!! Frust la jugak.. tapi..bila Taufik kata "tak pela...puasa tuh kan sunat je..Jaga kesihatan diri dan kandungan tu kan WAJIB"....lega rasanya...tak terfikir plaks cam tuh.....aduyai~~penat je nak frust...=(((

Setakat ni baru 3 kali je kena nausea + vomiting....selalunya nausea memanjang...Tak pernah pula muntah kat rumah..first time kat rumah mertua first raya..spoilt!! Mungkin perut terkejut kott.. makan banyak sangat...main melantak je...alhamdulillah...Nasib baik malam.. kalau siang?? huhuhuh

Second time bila jamuan raya kat jabatan.. Rasa macam makan sikit je...yala.. setelah terkena di pagi raya itu 'Atikah menjadi lebih berhati-hati..tapi.. semua keluar balik!!!

Third one, semalam.. paling dahsyat.......Dalam kereta on the way balik dr hospital...Memang tak boleh tahan langsung.Memang pening dari pagi tu. Tengahari tu pula terjemur dengan panas terik matahari. Bertambah-tambah lah pening dan denyut kepala itu. Alhamdulillah muntah lagi 50 m nak sampai rumah....huhuhuh~ lawaknya Asma' Zahir boleh tersalah faham....orang suruh take over kereta, dia pergi alihkan kereta die!!! aduyai~~~

Eip salah la... kat rumah pun pernah sekali....siap tak larat pergi kerja lagi...hmmm...tapi tak dramatik sangat....=p

"Ada orang akan N & V ni sampai beranak nanti" Pn Robiah Yusop.....

hmm... beringatlah wahai 'Atikah Zahir....Tetiba terfikir macam mana Pn Robiah Yusop boleh beranak 7 orang???

Macam tak percaya pun ada. Ada amanah dalam perut ni...

Rasanya satu jabatan dah tahu..Kebetulan pula ada 2 orang lagi warga jabatan yang sedang memikul amanah dalam perut masing-masing...Pn Farah, Pn Aswani........Senang juga la bila musykil tentang sesuatu perkara.. boleh terus banding bezakan...Tapi setakat ni, konklusi yang boleh dibuat..LAIN ORANG LAIN ye.....

"Why a 'Atikah, all muslims must pregnant immediately after marriage eh? Haryani also pregnant kan?" bertanyalah seorang member nonmuslim yet ini...

hmm.....Macam mana nak jawab ni??

"Not necessary..depends la... Islam also encourage family planning. There is no wrong if the couple do not want baby yet.. but there is a quote which should be believed by all muslim said that..a women will get more blessings when she gets marry soon, get baby soon and give birth as many as she can. the more the merrier..." itu la yang terfikir time tu....

"Then how many children that you want? the more the better kann??" dia bertanya lagi....

" It's all depends on this." Sambil menuding jari ke arah perut yang sudah mengembang ini.....

Hebat betulla kalau dapat anak 10 orang..10-10 jadi mujahid...Banyak sangat cabaran dalam urusan mendidik anak-anak ini. Besarnya tanggungjawab mak dan ayah. Kalau fikir banyak-banyak memang pening nak fikir...insyaALLAH..dipermudahkan segalanya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails