Malam itu kami cuba tidur awal untuk bangun seawal 4 pagi keesokkan paginya dan terus bergerak menuju ke LCCT. Aku perlu ke Tumpat untuk berinduksi. Taufik pula akan terus pulang ke Pekan.
"Abang macam sakit je perut ni", aduku.
"Meh abang sapu minyak" segeralah Taufik bertindak.
Malangnya keadaan semakin parah. 'Pain scale'ku bertambah dari 2 ke 7 secara mendadak! Aku cuba untuk mengherotkan badanku untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.
"Ok tak nih??" tanya suamiku.
"Abang panggil mak boleh??". Entah kenapa walaupun suamiku ada di depan mata namun mak juga yang ingin ku jumpa.
"Mak, sakit sangat", kataku teresak-esak.
"Taufik, bawa tikah pergi klinik terus! Tak pernah pula mak tengok dia sakit perut macam ni. Nak kata period pain, tapi masih belum lagi kan? Lagi pun dia mana pernah senggugut before this," mak cuba mengaagak.
Betul kata mak. Pelik...Aku gagahkan diri untuk menapak ke kereta.
Di klinik...
"Doktor tolong cucuk saya dengan voren", rayuku agak aku perut segera kembali selesa.
Teruk betul.....Ini semua angkara kursus induksi yang akan berlangsung mulai esok itu. Tambahan pula tiket kapal terbang yang telah dibeli. Rugi laaa....
"Mungkin awak ni kena UTI. Kencing sakit tak?" tanya doktor.
"Tak pula,"jawabku lemah tapi lega setelah doktor mengikut sarananku.
Jam telah menunjukkan pukul 3 pagi. Aduyai...Banyak pula persoalannya. Namun, sebagai konklusi..
"Baiklah saya akan refer awak ke hospital. Kat hospital mreka akan kaji dengan lebih mendalam lagi sakit awak nih" mudah kan kerja doktor ni. Ish, ish, ish...Kami pulang ke rumah.Kalau ikutkan suamiku, teruslah kami ke hospital. Tapi, degilku menang, kami terus pulang ke rumah. Aku tetap bertegas untuk ke Tumpat. Astaghfirullah...Sian abang.....
Keadaanku sepanjang minggu di Tumpat baik. Sehinggakan aku terlupa akan sakit yang teramat yang telah kulalui.
"Kalau sakit sikit je, terus pergi hospital.Jangan tahan-tahan lagi.Balik dari induksi terus pergi jumpa doktor kat hospital. Suruh dia cek semua sekali" tegas suamiku. Risau dengan degilku.....
"Tikah da pergi jumpa doktor belum?" itulah soalan pertama Taufik pada hari Isnin setelah aku masuk kerja.
Alamaks......"Ye ye..tikah pergi kejap lagi..." itula...padan muka. Boleh pula aku lupa janjiku.
Alhamdulillah... Nasib baik di Ampang ini ada satu klinik khas untuk staf. Kalau sakit boleh terus jumpa doktor. Mungkin sebab itulah semua staf hospital ini akan kenal mesra dengan Dr Janz.Aku segera menunjukkan surat 'referral'ku kepada Dr. Janz.
"It has been a week! Ayoyo Atikah...Now, do you feel any pain?" ni semua Taufik punya pasal, siapa suruh paksa aku pergi jumpa doktor? huhuhuh
"Not at all, even for the last few days. i've just retuned from induction course last week. I experienced it the night before I off to Tumpat." kenalah bercerita panjang.
Macamana pun, sebagai seorang doktor yang berkaliber, Dr Janz terus melakukan PE keatas diriku.
"Wait a," pesan Doktor.
"They suspect that this patient is having appendicitis. Since you've just undergo appendisectomy last week why don't you double confirm what i've found." berbincanglah dua orang doktor itu.
"Eip..awak punya last period bila?" tanya dr Ayu.
"Patutnya 2 hari lepas saya punya due. Tapi tak peod lagi" jawabku selamba.
"Haa......pergi amek air kencing. Staff Nurse. UPT ye"arah Dr Ayu.
"Atikah you dah kawen kee?? Belum kan? Bila you kawen? Last time kita jumpa you belum kawenkan?" dengan mata-mata sekali Dr Janz bertanya.
wawawawa~ memangla, 'Last time' kita jumpa tu zaman bila dr oit....mula-mula lapor diri rasanya...
Aku pon sebenanrya terdiam..."Betul ke dr. nak buat UPT?" teragak-aak. "Baru 2 hari lambat. Memanglah selalunya period cycle saya tepat. Tapi, nak kena buat sekarang ke?"masih teragak-agak.
No choice...
"Nanti apa-apa contact saya ye at this extension XXXX." Aku terus menapak dalam kebisuan.
Alhamdulillah...malam itu memang 'bearable' =)
ReplyDeleteesok pagi mengantuknya unbearable!!