Masih jelas di ingatan tatkala lafaz "Aku terima nikahnya 'Atikah bt Zahir...". Setiap kali teringat saat itu.. Alhamdulillah. Beliau masih di sisiku......
Macam tak percaya je..cukup setahun kami bersama. Alhamdulillah. Aku rasa cukup bertuah untuk dapat hidup bersama suamiku. Terima kasih Allah. Semoga beliau pun turut merasakan perkara yang sama……
Macam tak percaya je..cukup setahun kami bersama. Alhamdulillah. Aku rasa cukup bertuah untuk dapat hidup bersama suamiku. Terima kasih Allah. Semoga beliau pun turut merasakan perkara yang sama……
Betul. Perkahwinan ini satu perkongsian yang penuh dengan
tanggungjawab. Perkahwinan mestilah diiringi dengan matlamat yang satu…Apa yang
dikejarkan? MARDHATILLAH…..Memang betul sangat. Aku perlukan suamiku untuk mendapat
keredhaan Allah. Begitu juga dengan beliau. Aku diperlukan.Alhamdulillah.
“Baru setahun jagung!” haah..betul.. Jika diizinkan Allah, jauh
lagi perjalanan kami. Banyak lagi cabaran, dugaan, cubaan, ujian yang bakal
ditempuh. Semoga kami sama-sama tabah untuk menghadapinya.
Setahun masih belum cukup untuk melabel aku ‘Isteri solehah’
dan rasanya sampai bila-bila pun masih belum boleh dilabel begitu. Tapi apa yang
aku tahu….”Apabila seorang suami itu meredhai isterinya, pilihlah mana-mana
pintu syurga yang dikehendaki, InsyaAllah tiada yang akan menolak”…
Abang..Redhakanlah sayang…….
Bertambah lagi kegembiraan kami dengan kehadiran buah hati
kami. Mus’ab Mohd Taufik. Bertambahlah tanggungjawab kami. Kalau berfikir
panjang. Memang takut untuk aku tempuh masa depan. Tapi, dengan kehadiran suami
di sisi, InsyaAllah..Mus’ab akan menjadi pelaburan kami yang sangat bermakna.
InsyaAllah..
Apa yang penting sekarang. Aku akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan kami dan semoga setiap detik sayang di sisi abang akan
diiringi dengan pahala dari Allah sw.t. Ameennn…
Semoga kita bertemu lagi di syurga nanti. Terima kasih Allah kerana
pinjamkan saya Mohd Taufik Abdullah! =) Alhamdulillah…
Alhamdulillah syukur Alhamdulillah =)
ReplyDeleteALamak, k.tikah!!! lupa plak k.tikah ye anniversary. hohoho. pape pun, Alhamdulillah, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat:)
ReplyDeletesyukur alhamdulilah..semailah keindahan rumah tangga dengan senyum manis mu..
ReplyDelete