Di suatu hari di Jedah...
"Apa nak jadi kat Kelantan neh??" Keluh ayah. Aku sekadar mendengar. Tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Nampak sangat tak ambil tahu hal isu semasa!!! Malu sendiri kot...walaupun tahu la juga sikit-sikit. Tapi apa yang pastinya, ayah lebih mengetahui walaupun beribu batu jauh dari Malaysia=p
Setibanya di Malaysia...
Sayu je rasa tatkala membaca penulisan Nik Amalina Nik Aziz..Kesabaran manusia memang ada batasnya..Tabik 'spring' buat pn Nik Amalina sekeluarga. Kerja jari yang cukup menggamatkan suasana di seluruh pelusuk tanah air. Mungkin niat di hati hanya sekadar menegakkan yang haq. Namun, 'we have different brains'. Sudah pastinya pelbagai reaksi timbul. Masing-masing punyai pendapat masing-masing. Tercatit dalam penulisan beliau bahawasanya mereka sekeluarga telah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan hanya bertawakkal bulat-bulat kepada-Nya. Ujian betul......Namun ujian inilah bukti kecintaan Allah terhadap hamba-hamba-Nya...
Luahan hati si isteri yang mempertahankan maruah suami...ataupun...luahan ketidakpuasan hati terhadap rakan??? Dua-dua pun boleh...Luahan perasaan yang dianggap tak kena tempat???Biasalah tu...lebih-lebih lagi perempuan..=) Demi suami tercinta...
Setiap manusia ada peranan masing-masing. Benar...tapi..berbaloikah jika kita berperanan untuk memoorak porandakan keamanan yang ada?? Suka hati lah...
Memang ada je 'rakan-rakan' yang memang telah umumnya diketahui untuk menguji diri ini...Tapi tidaklah sampai diuji seperti keluarga Tuan Guru sekarang ini...=( Allah akan menguji kita mengikut kemampuan kita..Oleh itu, yakin dan percaya keluarga Tuan Guru pasti dapat menempuhnya...
Terbuktilah...manusia ni memang mudah untuk melupakan asal-usul demi kesenangan sendiri...Semoga kita terhindar dari terjebak dengan golongan keji lagi mungkar ini...amin...
No comments:
Post a Comment