Tuesday, February 7, 2012

Badar Al-KUBRA

Malam ni En Taufik ada program. Di situ nanti beliau perlu menceritakan tentang perang ini...Lantas, dia mengambil inisistif untuk menceritakan dahulu kepada saya selaku penyaring cerita merangkap penilai kepada tahap kemahiran bercerita En Taufik. Walaupun, mata saya menunjukkan tahap kemengantukkan yang tiada batasnya............

Saya gagahkan juga mata ini..dan sekarang, ingin saya kongsikan bersama..dah lama tak 'replenish' ilmu Sirah Nabi.Astaghfirullahal'azim...

Perang Badar ini berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke-2 hijrah. Alamaks, da tak ingat berapa haribulan..Nanti akan diupdate semula..Maaf yee..Perang ini berlaku di suatu tempat simpanan air yang berada diantara Mekah dan Madinah.Namanya lembah Badar. Tapi kalau tengok peta, dekat lagi jarak antara Badar dengan Madinah berbanding Mekah.

Tercetusnya Perang Badar ini adalah apabila kaum Muhajirin, mengenang nasib mereka yang semua harta yang ditinggalkan di Mekah semasa Hijrah dulu telah dirampas oleh kaum musrikin dan didagangkan. Tambahan pula, "Kafilah dagang Abu Suffian sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Mekah Ya Rasulullah" terang seorang perisik....Masa yang sesuaikan?? Kiranya tujuan sebenarnya Perang Badar ini adalah untuk merampas barang dagangan kafilah Abu Suffian.

Sebelum menbuat keputusan......

"Saya akan tetap bersamamu, Ya Rasulullah", jawab Abu Bakar As-Siddiq...
"Kami juga akan tetap bersamamu, Ya Rasulullah", jawab wakil kaum Muhajirin dengan semangat.
Namun, Nabi saw masih resah, sehinggalah...
"Kami juga akan tetap di bersamamu, Ya Rasulullah. Walaupun kamu terjun ke dalam laut akan kami ikut", jawab wakil kaum Ansar.

Hebatkan? Cinta mereka terhadap Rasulullah. Plus, nilai persaudaraan yang tinggi antara Muhajirin dan Ansar..=)))) Suke 35 x!!

Abu Suffian pun cerdik juga. Mestilah ada 'informer'. Setahunya beliau akan rancangan Rasulullah dan muslim ntuk merampas barang dagangan beliau, beliau terus sahaja menghantar utusan ke Mekah."Tolong kami! Madinah ingin menyerang kabilah Abu Suffian!" kecohlah seluruh Mekah..

Orang kafir Quraisy pun apa lagi. Ambillah peluang ini untuk menghancurkan Islam. Maka boleh dikatakan kebanyakkan orang kafir Quraisy yang turut serta merupakan ketua-ketua puak dan bangsawan-bangsawan Mekah. Lebih 1000 orang kafir Quraisy rela hati ingin melihat kehancuran Madinah.Abu Jahal lah ketuanya..isk3x....

Pada masa yang sama, Abu Suffian pun mengambil inisiatif untuk menukar jalan rombongan beliau. Elakkan dari diserang...

Di medan perang...

to be continued...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails