Monday, August 23, 2010

15 checklist.......try tengok....(Bil: 1)

Dari Ali r.a Rasulullah s.a w bersabda:

"Apabila berlakunya 15 perkara ini di muka bumi maka HALALlah bagiNya untuk menurunkan bala atau malapetaka"
  1. Apabila harta negara berlegar pada orang-orang tertentu sahaja
"Harta rampasan fa'i yang diberikan Allah kepada RasulNya (yang berasal) dari penduduk beberapa negeri, adalah untuk Allah, Rasul, kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan agar harta itu jangan hanya beredar diantara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang baginya maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah amat keras hukumanNya."
[Al-Harsy : 7]

Harta rampasan fa'i ini merupakan harta rampasan di zaman Rasulullah yang diperolehi bukan dari kemenangan peperangan. Harta rampasan ini dianalogikan sebagai harta yang dikumpul bersama dalam sesebuah negara.. macam cukai, zakat, duit saman..=p Kalaulah semua duit ini digunakan sebaik-baiknya seperti yang disarankan..mungkin..mungkinla..subsidi tidak diturunkan dan harga barang takkan naik!! Wallahu'alam..

2. Apabila amanah menjadi sumber keuntungan..

Aduyai ~ teringat dulu tatkala memegang jawatan di dalam persatuan..

"tak pee kee kalau kita claim lebih camneh??" A yang musykil.
"tak pee, sebab kita bukannya claim untuk kita p0n! untuk next programkan?? lagip0n kita memang dah dapat kelulusan untuk jumlah yang tu" terang B.

tapi..

"haa..ade bajet lebih neh..kita buat makan2 sketlaa...ganjaran bagi mereka yang kuat bekerja.." B yang mencadangkan....A jadi bingunggg....

Astaghfirullahal'azim.........camne kah ini????

"Wahai orang0orang beriman! janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui"
[Al-Anfal : 27]

Ayat ini diturunkan setelah Abu Lubahah bin Abdul Mundzir telah memecahkan amanah yang telah diberikan kepada beliau untuk menjadi mata-mata dalam Perang Quraizhah. Namun, dia telah memberitahu Bani Quraizhah sesungguhnya semua orang Bani Quraizhah akan diserang setelah dikepung selama 21 malam..
[Hadith riwayat Sa'id b Manshur. Tafsir Ibnu Jarir 9/146]

Sebenarnya banyak sangat ananah yang ku galas kini..amanah sebagai seorang anaklah, kakaklah, kawanlah, adiklah, nanti dah kerja..amanah baru lagi..kalau dah kahwin..amanah sebagai isteri lagi..dapat anak..mak lagi.....hmm.........


3. Apabila zakat dianggap denda

Mungkin ramai yang tak sedar..

"ei.. aku kene pakai semua emas aku neh...kl0 tak, abeslah aku..kena bayar zakat!!"

Na'uzubillah.....kalaulah terjadinya perkara seperti ini...memang nerakalah tempatnya..lbey specifik lagi neraka lazzo...kerana dalam neraka itu adalah tempat orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat tapi himpun harta melambak-lambak...

4. Apabila suami ikut kehendak isteri.

a.k.a D.A.Y.U.SSSSS!! Macam ramai jee sekarang neh..Pusing kiri, kanan, depan, belakang, macam ramai jee lagi makcik-makcik yang tak menutup aurat..Selalunya suami-suami neh...eip.. salah..Sepatutnya suami-suami neh..bertegaslah sket untuk tidak berkongsi isteri mereka dengan orang lain..tapi cam tak kisah jeee.....Ntah lee.....mungkin jugala..suami yang suruh...haisy.. kalau dah taw laki tu camtuh..cari laki laen jee laaa....

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa

Dari zaman Si Tanggang lagi telah wujudnya anak-anak yang menderhakai ibunya...Zaman sekarang??? aduyai ~ Pernah tak dengar, satu kisah di zaman Rasulullah s.aw...ada seorang pemuda yang tak dapat nak mengucap di akhir hayatnya gara-gara ibunya pernah SEKALI jee...ulang lagi SEKALI jee..terguris dengannya kerana terkilan si anaknya itu mengikut kata isterinya berbanding dirinya..Sedangkan pemuda itu beramal soleh......Aku neh....Aig0o0oo....ntah bape juta kali ntahh....Sorry mak..Sorry ayah...

"Redha ibu bapa, Redhalah Allah.Murka ibubapa. Murkalah Allah."

Nape Rasulullah cakap sampai 3 kali...ibumu, ibumu, ibumu..barulah ayahmu??

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik terhadap kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan sussah payah, dan melahirkannya dengan sussah payah. Masa mengandung dan menyusuinya tiga puluh bulan, sehingga anak itu dewasa dan mencapai umurnya 40 tahun dia berdoa "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai. Dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk dalam orang Muslim""
[Al-Ahqaf : 15]

Hebatkan mak??

Tertekan jee bila baca suratkhabar yang banyak meceritakan kisah-kisah anak tak guna mcamneh....
memang mentelll...

ineh p0n mentelll...

Moga ini tidak akan berulang....

Tak tahu nak salahkan siapa..mak ayah kee yang salah sebab tak bagi didikan agama?? Aduyai~
Ke mungkin itulah balasan mereka kerana dahulu kala mereka p0n berbuat sedemikian rupa...ntahlaa...

tapi, apa yang pasti dalam Al-Quran kata tak boleh sebut 'AH' p0n.. maksudnya menentang sebarang perkara dengan ibu bapa.......anak-anak, seteruk mana pun ayah atau ibu kita..mereka itulah ibu dan ayah kita....tapi.. kalau ayah da makan anak??? haisyyyyyyyyyyyyy... lagi penin kepala memikirkan dunia kini yang semakin dekat pada kehancurannya......

Kita berhenti dahulu di sinii....till next time!! insyaAllah....=)

2 comments:

  1. aduih...banyaknya kekhilafan yang kulakukan di dunia ini...ampunkan kami..

    ReplyDelete
  2. aah2,,,ampunkan kami,,,,,,,try cek next list,,,,aduyai~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails