Tersebutlah kisah dua orang gadis sunti di zaman Rasulullah yang sangat rajin membantu penduduk kampung. Apabila tibanya Ramadhan lebih rajinlah mereka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Bukan sahaja kerajinan yang menjadi bualan malah keramahan mereka turut menyenangkan seluruh penduduk kampung. Kerajinan mereka tika itu menarik minat segenap lapisan masyarakat. Mungkin boleh dicalonkan sebagai pemudi contoh kampung tersebut.
Tibalah di suatu hari, sedang mereka sibuk menolong orang kampung dengan membawa sebaldi air.
"Rajin berul mereka berdua itu sudah pastinya pahala mereka berlipat-lipat kali ganda! yelah beramal di bulan Ramadhan memang dijanjikan pahala yang banyak." berkata seorang pakcik tua yang senang hati melihat perilaku dua gadis itu.
"Mereka itu tidak berpuasa sebenarnya!" Tegas Rasulullah s.a.w
"Kenapa pula Ya Rasulullah?" tanya pakcik tadi.
"Cuba pakcik periksa mulut mereka ada daging terselit di celah gigi" jawab Rasulullah s.a.w dengan nada bersahaja.
Lantas denga kuasa Allah, memang ada daging tersebut!! Aduyai......
"Puasa mereka tidak diterima kerana tatkala mereka membantu orang mulut mereka acap kali menceritakan hal orang lain yang mengaibkan " terang baginda.
Dalam erti kata lain, MENGUMPAT!! Segeralah bertaubat gadis-gadis itu....
Pengajaran dari kisah ini...`Atikah jangan MENGUMPAT!! batal puasa!!!!!! eip.. mengumpat memang neraka lah tempatnya..nak makan daging saudara sendiri???..Seperti yang digambarkan........Na'uzubillah.....
Cebisan kiah di zaman Rasulullah s.a.w oleh Ustazah Fatma Az-zahra : 12 Ogos 2010 : Surau Bukit Mulia.
Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi. Tapi minta dijauhkan dari kealpaan...
ReplyDeleteameennn....=) insyaAllah....
ReplyDelete