Monday, August 2, 2010

50 tahun lamanyaaaaa.......

Internal Security Act (ISA)....I am definitely sure there are some of my friends.."Apeekahh??" Kalau di sebut Akta Keselamatan Dalam Negeri? masih lagi "Apeekahh??"

"Aku politik-politik neh malas nak amek tahu.."
"Bosan aku nak amek taw pasal politik neh, buat penin jeee..."

Malangnya percayalah peratus orang Melayulah yang paling tinggi untuk suka berkata demikian!! Sedihkan?? Benarlah kata Allah...manusia memang pelupa......sebab tuh Tun Dr. Mahathir pun pernah kata "Melayu mudah lupa"....

helllOOOOOo!!! this is not politic wokehhh?? General knowledge....kita semua perlu tahu tentang ini kerana kita juga tertakluk di bawah akta ini....Semalam, genaplah 50 tahun ISA ini termaktub dalam perlembagaan negara. Tahu apakah itu perlembagaan negara?? negara berperlembagaan?? Kalau ingat,ingat lupa..Sila rujuk buku sejarah tingkatan 3 kotttt....

Kenyataan 1 : ISA merupakan akta yang ZALIM bukan sahaja di sisi Islam tapi di atas dasar kemanusiaan juga ia tetap ZALIM.

Kenapa ISA ZALIM??

Ini adalah kerana.....

Kenyataan 2 : Sesiapa jua boleh ditangkap di bawah akta ini selama 60 hari berturut-turut TANPA DIBICARAKAN untuk tindak-tanduk yang diklasifikasikan sebagai ancaman kepada keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Kenyataan 3 : Selepas 60 hari, sesorang tahanan itu boleh dilanjutkan penahanannya selama 2 tahun jika diluluskan oleh MENTERI DALAM NEGERI. Kalau MENTERI DALAM NEGERI mahu lanjutkan lagi 2 tahun dan lagi 2 tahun dan lagi 2 tahun pun boleh. Membawa erti sampai bila-bila tertuduh tidak akan dibicarakan.

Bagaimanakah tindak-tanduk itu dikelaskan sebagai ANCAMAN??

Kenyataan 4 :Tindakan yang mengancam keselamatan negara itu dikelaskan mengikut 'mood' Menteri Dalam Negeri. Kalau beliau merasakan 'kerajaan' terancam. Maka ISA perlu digunakan.

Berapakah lamakah tempoh penahanan ISA yang paling maksimum?

Kenyataan 5 : Tiada had. Segalanya terpulang kepada Menteri Dalam Negeri.

Benarkah mereka yang tertuduh di bawah ISA tidak boleh membela diri?

Kenyataan 6 : Walaupun begitu seseorang yang ditahan dibawah ISA samada dibawah kuasa polis atau Menteri memiliki hak untuk diwakili oleh peguam dan mencabar keputusan pihak berkuasa semasa ia ditahan. Ini adalah sebahagian dari sistem untuk melindungi hak individu dari ditahan secara “arbitrari” atau tanpa alasan yang munasabah yang menyimpang dari keadilan.

Kalau dah macam ni, hapuskan sajalah ISA, buat pertuduhan secara spesifik dan tangkap.Kemudian bicarakan!!


Dalam ISLAM, seorang pencuri pun WAJIB dihukum seadil-adilnya. Hukum hudud telah mensyaratkan perlu ada 4 orang saksi sebelum disabit kesalahan. ISA ini?? Nasib hanya akan ditentukan oleh Menteri Dalam negeri. Dah lah tidak dibicarakan. Tempoh hukuman pun tidak diketahui. Memang ZALIM........

Teringat zaman-zaman menjadi 'ayah the fugitive'. Pelik juga. Bagaimanakah ayah nak kecik lagi kurus ini boleh mengancam keselamatan negara. Alhamdulillah...kami tidak diuji sedemikian rupa....Namun buat keluarga-keluarga tahanan yang lain....MasyaALLAh....mereka memang hebat!!!

Cikgu L, seorang , cikgu, isteri dan ibu yang hidup terumbang-ambing selepas suaminya diculik tanpa alasan. Katanya, "Mat Sah merupakan anggota JI yang mengancam keselamatan negara".....Sesungghnya Allah Maha Mengetahui. Padahal beliau merupakan seorang jurutera yang hanya hidup sebagai orang biasa. Pergi ke surau, kemudian terus ke pejabat. Petang, balik rumah...Penglibatannya dengan JI?? Tak tahulah pula....Mungkin kerana beliau mempunyai janggut panjang yang sinonimnya adalah 'pengganas'....Dahsyatkan..Janggut yang panjang pun mampu menggugat keselamatan negara................Negara ISLAM pula tu.......=(
Memisahkan isteri dan suami dan ayah dan anak-anak tanpa alasan...ZALIM namanya.......

Uncle Manaf..Seorang Jurutera..IR lagi (kalau tak silap)...sangat berpengalaman...Namun sebelum bergelar jurutera, beliau berkerja sebagai tentera. Terdapat beberapa misi keamanan yang dihantar oleh Malaysia turut disertai beliau. Sehinggalah JI digembar-gemburkan...."Anda adalah anggota JI. Anda telah mengancam keselamatan negara"

"Ya Allah, JI?? Saya pun baru dengar tentang Jemaah itu.." Jawab pakcik yang selama ini bertungkus-lumus berkhidmat demi agama, bangsa dan agama....

Kesimpulan yang boleh dibuat...kerajaan rasa terancam dengan JI..dan ikut suka hati Menteri Dalam Negerilah mahu tangkap sesiapa pun..Asalkan rakyat takuuuuuuttt pada ISA!!!!!!!

Jangan sertai sebarang demonstrasi..anda telah mengancam keselamatan negara....ngengggggg~

Tahanan politik?? memang ISA lahhhhhhhhhhhhhhh....."No other place will make me feel safer.." tersenyum lebarlah semua menteri-menteri yang merasakan diri mereka terancam...Hmm..berdosalah kamu wahai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.....Na'uzubillah...

Seorang India yang telah berada di penjara Kamunting (tempat tahanan ISA) sudah lebih dari 20 tahun kerana telah mengancam keselamatan negara atas pertuduhan disyaki terlibat dengan wang palsu. Mungkin mereka rasa terancam sebab Si tertuduh ini dahulunya bekerja dengan salah seorang VVVIP sebab tu negara terancam!! Padahal.. Boleh jee kalau nak dibicarakan...buatlah tuduhan membuat wang palsu...kan?? Aduyai~

Sebenarnya ISA ini dahulunya pun dibuat yntuk mengelakkan ancaman komunis. Dipercayai ramai tali-tali barut yang masih lagi berlegar-legar...Tapi sekarang?? Komunis dah tak ada..Namun, penggunaan ISA lebih menjadi-jadi....Kini, telah 50 tahun 'mereka' bertindak ZALIM dengan menggunakan ISA ini. Kalaulah terjadi kepada ahli keluarga 'mereka', mungkin baru nak terfikir, "betullah, ZALIM sungguh ISA neh!!" Tapi, mana mungkin 'mereka' yang terkena..kuasakan di tangan 'mereka'.... Wallahu'alam...HAPUSKAN ISA!!

Mungkinkah entri ini mampu membuatkan aku ditahan di bawah AKTA HASUTAN?? ntahlaa...yang penting ilmu ini penting untuk dikongsi bersama......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails