Tuesday, June 2, 2009

Warkah Buat Adinda Sumayyah…..


Assalamualaikum…

Kehadapan adikku Sumayyah. Semoga adinda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping emak, kak kauther dan abang dinda yang tersayang di rumah. Disebabkan adinda sering kali ‘pester’ untuk kekanda menulis di blog ini. Akhirnya kakanda mendapat idea untuk menulis isi hati kakanda terhadap dinda. Sesungguhnya segala yang tersurat ini adalah ikhlas dari hati kakanda yang bernama ‘Atikah ini.

Adinda Sumayyah,

Pertama-tamanya jutaan terima kasih kakanda buat adinda atas segala jasa adinda terhadap kakanda selama ini. Adinda telah banyak menolong kakanda. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Adinda senantiasa berada di sisi kakanda dalam segala hal pun. Adinda telah banyak berubah sejak dua menjak ini. Adinda banyak menasihati kakanda untuk menjaga kebersihan tandas. Adinda seolah-olah nekad untuk menjadi penjaga tandas kita. Kakanda bangga punyai adinda seperti adinda ini. Walaupun kadang-kadang kakanda merasakan yang adinda ini sering kali MEMBEBEL bagaikan nenda kita. Namun, jauh di sudut hati kakanda, benarlah kata-kata adinda,”Kebersihan sebahagian dari iman”. Terima kasih dinda……….

Teringat juga suatu masa dulu , apabila dinda MEMBEBEL lagi.” Akak nih x retila nak bersihkan sink lepas basuh pinggan!” Bentak adinda. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kakanda kerna tidak berbuat denikian. Bukan kerna tidak mahu melakukan demikian tetapi terlupa. Bukankah kita semua ini manusia? Manusiakan mudah lupa? Tapi kakanda terima seadanya. Kakanda tahu niat dinda ikhlas untuk memperbetulkan mana yang tidak betul Terima kasih dinda sekali lagi…

Dinda,

Kita semua boleh berubah jika mahu. Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Benarkan?? Kakanda merasakan yang adinda telah menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke hari. Kakanda pun ingin jadi seperti dinda. Berubah kea rah kebaikkan. Berubah demi kebaikkan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Mungkin nanti kita boleh pergi bersam-sama bonda dan kakanda lain ke taman untuk beriadah. Teringin benar rasanya kakanda untuk jogging bersam-sama dinda. Semoga kita diberi peluang untuk berbuat demikian. Kakanda tidak akan meggunakan kasut dinda jika dinda berniat untuk turut serta pada minggu hadapan. Marilah dinda! Bonda tentu gembira jika dinda boleh turut serta.

Adinda Sumayyah,

Nama dinda indah sekali. Kakanda tahu dinda amat gemar lagu dendangan Hijjaz yang menceritakan tentang tokoh islam yang bernama Sumyyah ini. Beliau adalah wanita pertama yang SYAHID! Kakanda yakin dan percaya adinda memang benar-benar faham akan mulianya Sumayyah ini dan adinda juga mesti sedar bahawa bonda dan ayahanda mempunyai harapan agar dinda dapat mencontohi Sumayyah ini.

Adinda Sumayyah yang disayangi,

Kakanda rasa banyak sudah coretan kakanda buat tatapan dinda. Semoga adinda gembira menatap warkah ini. Kakanda mohon maaf jika warkah ini mengundang kekecewaan ataupun kemurungan terhadap adinda. Kakanda rindu benar untuk berjumpa dengan adinda pada hujung minggu ini dan amat berharap agar kita dapat menemani bonda beriadah bersama-sama. Akhir kalam, sampikan salam saying kakanda buat bonda, ayahanda, kakanda Kauthar, Kakanda Mundzir di rumah. Katakan kepada mereka,” InsyaAllah kita jumpa lagi!”

Assalamualaikum…..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails