Monday, December 31, 2012

isteri, ummi, kawan, pekerja

hoo yeah!! i'm bloging! lama betul blog ini dipinggirkan.....kesian..kesian...

my last entry was..hmmm.....bila entah...Ini semua angkara...ADAPTASI!

Baru-baru ini saya ditakdirkan untuk ber'oncall' bersama seorang PRP yang baru sangat bekerja. Kasihan pula rasanya.....

"Saya rasa hidup saya penuh kejutan je sekarang ni kak! Saya kahwin hari tu macam terkejut, pastu start keje. Terkejut lagi. Kerja bukan stay kat satu station. tukar-tukar! memang terkejut je la.Sekarang ni..dengan baby lagi! Saya dalam mode terkejut je!! Saya rasa macam berat sangat hati nak datang kerja. Memang saya salahkan kerjalah bila jadi apa-apa yang tak best!" luahan hatinya yang gundah gulana.

Terkesima sekejap. Aku pun pernah alami mode terkejut ni dulu mungkin sekarang pun ada juga. Faham sangat luahan hati beliau. 'TERKEJUT' bukan maksudnya tak redha mungkin kerana 'mind set' yang negatif tatkala itu.

Senyap sekejap sambil tangan terus membuat kerja sambil otak fikirkan ayat penenang yang terbaik.

"Itu semua normal sebab tahun PRP ni memang tahun kejutan! Siapa yang dapat cope cepat, memang rezeki dialah. Saya dulu pun pernah salahkan kerja. Sebab kerjalah rumah saya tunggang langgang, saya tak sempat nak masak untuk suami, baju berlonggok tak basuh, novel tak dapat nak baca, tak dapat nak jalan-jalan dengan member..hmm.... banyaklah....ni semua angkara minda yang negatif!

tapi...bila saya fikir-fikir balik, positifkan minda...kenapalah saya susah-susah salahkan kerja. Saya perlulah mencari kemanisan dalam kerja saya tu. Barulah saya dapat tenangkan hati walaupun saya tak dapat buat semua benda-benda tu, tapi saya dapat buat kerja saya dengan baik!"

Jangan dikejar mati mak ditelan mati ayah...ehhh..macam salah je...=p

Doa sangat penting. Kebergantungan pada-NYA. Saya pun sering kali lupa pasal benda ni. Frust sini, frust sana! lupa ALLAH kan ada.. doa banyak-banyak. Minta tolong permudahkan segalanya....

Memang tak dapat nak nafikan..situasi kita berbeza-beza..Allah kan tahu kekuatan dan kelemahan kita di mana..Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu..Yakinlah...Yakinlah 'Atikah....

Bersyukur...ni lagi satu hal penting. Saya pun selalu lupa nak bersyukur. Bersyukur yang Allah dah pinjamkan  saya banyak benda untuk permudahkan urusan saya..Alhamdulillah...

ok..mahu sidai baju..Semoga kita semua dapat lakukan yang terbaik dalam semua tanggungjawab kita tak kiralah sebagai seorang isteri ke ummi ke kawan ke pekerja ke....Jadikan setiap nafas kita penuh makna..penuh pahala.. InsyaAllah =)






Wednesday, May 23, 2012

Rafizi Ramli

Sebenarnya rumah saya ni tak ada astro. Tapi saya dan suami nak juga tengok debat ptptn antara saudara Rafizi Ramli dan YB KJ. Oleh itu kami pun pergilah menumpang astro awani rumah member. huhuhuhu..
Saya percaya rata-rata memang dah kenal sangat dengam YB dan mesti ramai yang tertanya-tanya siapa RR ni. RR nilah yang menjadi pencetus kemelut NFC sehingga menyebabkan Datuk Seri Shahrizat letak jawatan dari kabinet. Hebatkan?
Siapa RAFIZI RAMLI ni?


Lahir: 14 September 1977 (umur 35 tahun)

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

Pharmaniaga Berhad (2009) -Pengurus Besar

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )-Ketua Eksekutif
Lepas dengar debat semalam, rasa macam banyak betul benda yang saya tak tahu. Oleh itu perlulah mrncari info-info baru supaya apa yang disampaikan oleh mereka semalam dapat diperhalusi. Kemudian barulah mudah untuk membuat keputusan. insyaAllah...
jom study!!

Tuesday, May 22, 2012

setahun berlalu..

21  Mei 2012

Masih jelas di ingatan tatkala lafaz "Aku terima nikahnya 'Atikah bt Zahir...". Setiap kali teringat saat itu.. Alhamdulillah. Beliau masih di sisiku......

Macam tak percaya je..cukup setahun kami bersama. Alhamdulillah. Aku rasa cukup bertuah untuk dapat hidup bersama suamiku. Terima kasih Allah. Semoga beliau pun turut merasakan perkara yang sama……

Betul. Perkahwinan ini satu perkongsian yang penuh dengan tanggungjawab. Perkahwinan mestilah diiringi dengan matlamat yang satu…Apa yang dikejarkan? MARDHATILLAH…..Memang betul sangat. Aku perlukan suamiku untuk mendapat keredhaan Allah. Begitu juga dengan beliau. Aku diperlukan.Alhamdulillah.

“Baru setahun jagung!” haah..betul.. Jika diizinkan Allah, jauh lagi perjalanan kami. Banyak lagi cabaran, dugaan, cubaan, ujian yang bakal ditempuh. Semoga kami sama-sama tabah untuk menghadapinya.

Setahun masih belum cukup untuk melabel aku ‘Isteri solehah’ dan rasanya sampai bila-bila pun masih belum boleh dilabel begitu. Tapi apa yang aku tahu….”Apabila seorang suami itu meredhai isterinya, pilihlah mana-mana pintu syurga yang dikehendaki, InsyaAllah tiada yang akan menolak”…

Abang..Redhakanlah sayang…….

Bertambah lagi kegembiraan kami dengan kehadiran buah hati kami. Mus’ab Mohd Taufik. Bertambahlah tanggungjawab kami. Kalau berfikir panjang. Memang takut untuk aku tempuh masa depan. Tapi, dengan kehadiran suami di sisi, InsyaAllah..Mus’ab akan menjadi pelaburan kami yang sangat bermakna. InsyaAllah..

Apa yang penting sekarang. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami dan semoga setiap detik sayang di sisi abang akan diiringi dengan pahala dari Allah sw.t. Ameennn…

Semoga kita bertemu lagi di syurga nanti. Terima kasih Allah kerana pinjamkan saya Mohd Taufik Abdullah! =) Alhamdulillah…

Saturday, May 19, 2012

Mus'ab dan MUNTAH

Alhamdulillah.. today is Mus'ab's 53rd day...eh haahla.. it is not 2 months yet...but he is more than 5 kilos! He is sleeping soundly for the moment!! huhuhuhu~ sempatla ummi membebel jap kat blog yang dah lama kusam-musam ni..

 After 53 days became a mother... I knew there are more challenges awaitings..but..I am happy! be optimist! =)) Walaupun pernah satu masa..Mus'ab menangis tak henti-henti..sampai Ummi dia pun nangis sama...wawawawa...Yela.. baru beberapa hari jadi mak..sikit-sikit call angah ke mak ke ..tanya itu dan ini.. terlalu banyak persoalan..too much experiments to be done! kesian betul Mus'ab..sokmo jadi spesimen..

Sekarang Mus'ab salalu muntah..lepas menyusu je mesti muntah..walaupun dah burp...kekadang tu sampai terpancut-pancut..euwwwwwww! apelah Mus'ab ni...=p Sibuklah saya meng'google' pasal benda ni..mmg normal rupanya.. reflux...this is due to some reasons. The reasons could be as below:
 1)The muscular valve at the end of the food pipe, which acts to keep food in the tummy, hasn't developed properly yet. (in severe case..the baby will have poor feeding! Alhamdulillah.. Mus'ab ni sokmo la nak mwnyusu waima selepas muntah pun)
2)over feeding...klo dah terlebih-lebih susu memang tak sedar pun baby kita dah minum banyak ke tidak...

Benda ni sebenarnya normal je..As long as he grew accordingly...Mus'ab sebulan dulu memang naik satu kg..bagos! mengikut skala yang ditetapkan.. mintak-mintaklah tmbh lagi sekilo bila next check up..insyaAllah...
Mus'ab dengan bear tok su bagi...Yeay!! Mus'ab lebih besar dari bear itu..=))

Comeykan?? Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yang soleh.. tolong doakan Ummi dan Ayah all the time yee...
 Nasib baik comel.. kalau tak mesti Ummi lagi kesian tengok Mus'ab muntah-muntah... Disebabkan selalu sangat muntah..saya rasa satu kerugian pula...susuku sangat berharga..wawawawa..Oleh itu satu inisiatif telah diambil...(sebenarnya atas nasihat seorang member yang turut mengalami situasi yang sama) LIMITKAN tp KERAPKAN penyusuan...dulu saya biarkan saja Mus'ab minum sampai dia sendiri yang berhenti..tapi sekarang saya hanya benarkan dia menyusu 5 minit sahaja..kemudian burpkan..Kalau dia minta lagi..baru bagi...Alhamdulillah...kurang sikit kerugian yang dialami.. huhuhuhuhu~ 

Baiklah..cukup setakat ini....Mus'ab da bising...Assalamu'alaikum...

Tuesday, April 10, 2012

welcome to the world sayang...

24 March : Hyatt, Teluk Cempedak...

"HAPPY BIRTHDAY AYAH!!Thanks for the treat!!" wawawawawaw..Alhamdulillah..we still got chance to be there..

"Mak tak yah lah datang this weekend.Tunggu next weekendla..Still no signs.Next Friday no matter what, i'll be induce.So klo mak datang..confirm da ade baby!" suggested...Tapi ayah masih berdegil..Nak juga datang..To celebrate his birthday at Kuantan..confuse jugakla..Tapi.....Inilah hikmahnya.......

"Abang da 2 kali dah kuar air macam terkencing neh..tapi rasanye bukan terkencing pon.." tenang..Habis basah katilku dibuatnya.

Atas nasihat mak dan ayah, kami tiba di Pusat Bersalin Risiko Rendah, HTAA..

"Abang..doakan sayang yee.." mulalah tak senang duduk.

Aku sudah mula merasakan perutku mengeras lain macam je. Mungkin juga sebab da mula takut. huhuhu...Tapi tatkala itu sakit perutku tidaklah kronik mana pun. Boleh tahan lagi la..Pain scale baru 3-4 kott..Kalau tak silap pernah lagi sakit dari itu.contraction started actually.

"Mengantuknye...! berpinar-pinar mataku dek bersengkang mata..Sabar je laa..Disebabkan ngantuk yang luar biasa itu..aku jadi tak lalu nak makan..Mungkin juga hasil mentedarah di Hyatt malam tadi..huhuhu..Kononnya masih kenyang.

"Sorry puan, we didn't found any leakage"terang HO itu.

"Habis tu air tu ape?..both of us were curious..

Disebabkan sudah 2 kalo aku mengalami keadaan itu( konon leaking tapi tak), sebagai langkah berjaga-jaga aku ditempatkan di wad melur untuk pengawasan. Lagipin contractionku masih lagi once in 10 minutes..

Seawal jam 8 pg aku ditemani Taufik untuk berjalan ke wad. Sempat pula "mesti sebab makan banyak sangat semalam neh.." kami melawak...

"Aiyoo..leakage coild be found anywhere. Not just here..She's in laborla" Dr Sundren mengajar HO sekalian..

Sakitku semakin kerap..Sakitnya..boleh tahanla..masih lg 3-4..tapi dekat-dekat nak pukul 11 pagi..sakitnya bertambah dahsyat dan semakin sakit!! Terus 5 dah dan contraction menjadi 4 in 10 minutes..

Rupa-rupanya sudah 3cm bukaan....Hebatkan..Patut sakit...

Tepat jam 12.30 tengahari..aku dihantar ke labor room..Kalau tak silap doktor telah memecahkan kantumg ketuban aku seawal bukaam baru 4 cm..it is good to induce labor.Setiap kali contraction datang...Ya rabbi...hanya Allah saja yang tahu..Dah 8-9 dah kot pain scale...

"Puan kalau ade rase nak teran bgtaw kami ye.." pesan doktor muda itu.

I was a bit frustrated with the procedure. In my oppinion..they should allow husbands to accompany theor wives starting at this moments..to ease the pain..I felt like giving up at that moment as the contraction became stronger and stronger but I habe nobody to console me..waaaaaaa!!

lailahaila anta subha naka inni kuntumminazzalimin.......diucapkan sentiasa..Terbayang wajah mak..memang wajarlah betapa tingginya darjat para ibu..

"Dr..saya rasa macam nak meneran dah ni!" jeritku kerana aku tahu semua di situ sedang sibuk menjalankan tugas masing-masing.

"Ya Allah..misi! tolong panggil suami puan neh sekarang juga!baby da nak keluar dah ni." maka besegeralah Taufik masuk...

Terngiang-ngiang lagi jeritan kata- kata semangat dari doktor, staff nurse, jururawat masyarakat..dan yang pqling penting sokongan suami...Alhamdulillah....

Tepat jam 2.44 petang..keluarlah Mus'ab Mohd Taufik seberat 3.41 kg..normal delivery but vacuum assisted.

Welcome to the world sayang......Ummi doakan Mus'ab akan menjadi anak yang soleh, pembela agama suatu hari nanti..Jadilah seperti Mus'ab bin Umayr....

Ameen...

Monday, April 9, 2012

Ketika itu...(cont)

"Abg..da pegi cek da kat A& E. Doktor kata bukan appendicitis." kataku tenang.

"Alhamdulillah. Abes tu?" he asked me curiously.

"I'm pregnant! UPT Positive bang.."aku menjawab terus terang. Sesungguhnya aku sendiri tak pasti apakah perasaan ketika itu...

Sunyi sepi...

"Abang dengar ke tak tadi?" confused...

Perasaan bercampur baur. Memanglah kan..da kahwin...mestila lepas tu UPT positive! huhuhuhu..

Macam-macamlah yang terlintas...baru sebulan kahwin..da melekat la pula..Tapi..isn't it part of the plan? The right timing! Tapi...we didn't expect this soon..ye keee...wawawaw..Tapi..mampukah aku? Macam mana nak beranak nanti..boleh ke?? Nak tukar lampin pon x tahu...dan yang paling merunsingkan..am i going to be a good mother? hmmm..

This is me...i love to think a lot....until no action can be taken! Dalam erti kata lain..Aku yang serabut! huhuhu..Ayah selalu pesan.."pikirla satu-satu..Lepas da setel satu, barula pikir yang lain pulak"..

"Alhamdulillah.."itulah perkataan pertama yang terkeluar dari mulut suamiku setelah beberapa minit diam beribu...

"Sayang da buat solat sunat syukur tadi.
Abang doakan kita sama-sama dapat get through everything ye.."

insyaAllah...
Anak itu amanah Allah..Ibubapalah yang mencorakkannya..Cantik lakarannya..cantiklah lukisan itu nanti..

Tuesday, February 7, 2012

Badar Al-KUBRA

Malam ni En Taufik ada program. Di situ nanti beliau perlu menceritakan tentang perang ini...Lantas, dia mengambil inisistif untuk menceritakan dahulu kepada saya selaku penyaring cerita merangkap penilai kepada tahap kemahiran bercerita En Taufik. Walaupun, mata saya menunjukkan tahap kemengantukkan yang tiada batasnya............

Saya gagahkan juga mata ini..dan sekarang, ingin saya kongsikan bersama..dah lama tak 'replenish' ilmu Sirah Nabi.Astaghfirullahal'azim...

Perang Badar ini berlaku dalam bulan Ramadhan tahun ke-2 hijrah. Alamaks, da tak ingat berapa haribulan..Nanti akan diupdate semula..Maaf yee..Perang ini berlaku di suatu tempat simpanan air yang berada diantara Mekah dan Madinah.Namanya lembah Badar. Tapi kalau tengok peta, dekat lagi jarak antara Badar dengan Madinah berbanding Mekah.

Tercetusnya Perang Badar ini adalah apabila kaum Muhajirin, mengenang nasib mereka yang semua harta yang ditinggalkan di Mekah semasa Hijrah dulu telah dirampas oleh kaum musrikin dan didagangkan. Tambahan pula, "Kafilah dagang Abu Suffian sedang dalam perjalanan pulang dari Syam ke Mekah Ya Rasulullah" terang seorang perisik....Masa yang sesuaikan?? Kiranya tujuan sebenarnya Perang Badar ini adalah untuk merampas barang dagangan kafilah Abu Suffian.

Sebelum menbuat keputusan......

"Saya akan tetap bersamamu, Ya Rasulullah", jawab Abu Bakar As-Siddiq...
"Kami juga akan tetap bersamamu, Ya Rasulullah", jawab wakil kaum Muhajirin dengan semangat.
Namun, Nabi saw masih resah, sehinggalah...
"Kami juga akan tetap di bersamamu, Ya Rasulullah. Walaupun kamu terjun ke dalam laut akan kami ikut", jawab wakil kaum Ansar.

Hebatkan? Cinta mereka terhadap Rasulullah. Plus, nilai persaudaraan yang tinggi antara Muhajirin dan Ansar..=)))) Suke 35 x!!

Abu Suffian pun cerdik juga. Mestilah ada 'informer'. Setahunya beliau akan rancangan Rasulullah dan muslim ntuk merampas barang dagangan beliau, beliau terus sahaja menghantar utusan ke Mekah."Tolong kami! Madinah ingin menyerang kabilah Abu Suffian!" kecohlah seluruh Mekah..

Orang kafir Quraisy pun apa lagi. Ambillah peluang ini untuk menghancurkan Islam. Maka boleh dikatakan kebanyakkan orang kafir Quraisy yang turut serta merupakan ketua-ketua puak dan bangsawan-bangsawan Mekah. Lebih 1000 orang kafir Quraisy rela hati ingin melihat kehancuran Madinah.Abu Jahal lah ketuanya..isk3x....

Pada masa yang sama, Abu Suffian pun mengambil inisiatif untuk menukar jalan rombongan beliau. Elakkan dari diserang...

Di medan perang...

to be continued...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails