Rafizi Ramli
Sebenarnya rumah saya ni tak ada astro. Tapi saya dan suami nak juga tengok debat ptptn antara saudara Rafizi Ramli dan YB KJ. Oleh itu kami pun pergilah menumpang astro awani rumah member. huhuhuhu..
Saya percaya rata-rata memang dah kenal sangat dengam YB dan mesti ramai yang tertanya-tanya siapa RR ni. RR nilah yang menjadi pencetus kemelut NFC sehingga menyebabkan Datuk Seri Shahrizat letak jawatan dari kabinet. Hebatkan?
Siapa RAFIZI RAMLI ni?
Lahir: 14 September 1977 (umur 35 tahun)
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN
Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan
Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)
Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)
Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA
Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)
lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of
Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia
PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)
Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)
Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)
Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak
syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di
peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20
bilion
Pharmaniaga Berhad (2009) -Pengurus Besar
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )-Ketua Eksekutif
Lepas dengar debat semalam, rasa macam banyak betul benda yang saya tak tahu. Oleh itu perlulah mrncari info-info baru supaya apa yang disampaikan oleh mereka semalam dapat diperhalusi. Kemudian barulah mudah untuk membuat keputusan. insyaAllah...
jom study!!
No comments:
Post a Comment