Sunday, July 19, 2009

Setiap detik BERMAKNA....

Sungguh tak percaya…..macam dalam filem Speed pula insiden ini. Sayangnya saya tidak dapat menonton adegan yang mencemaskan ini dari awal. Sesampainya di gerai nasi lemak abang si penjual itu bertanya “adik parking kereta kat mana?” “ Kta petronas.” Along selamba. “Nasib baik adik tak parking kat tepi tuh. Kalau tak abeh kena ngan bas tu!” Saya dan along masih ‘blurrr’ dengan kata-kata itu. Tiba-tiba kelihatan pengujung-pengunjung pasar malam berlari-lari ke satu tempat. Suasana mulai kecoh. Apa lagi……Let’s join the crowd. Ya Allah! 10 biji kereta ranap dirempuh bas kilang.Eip salah…tidak semuanya ranap.=) Jantung berdegup kenvang apabila terpandang sebuah viva yang tidak ada rupa kereta langsung! Innalillahiwainnailihirroji’un…..Musibah… Bawalah bersabar…….Sebak di hati saya apabila melihat seorang kakak awal 40-an yang berlari mendapatkan keretanya yang telah ranap dilanggar. Ini semua gara-gara Bas kilang itu! Orang awam yang mmerhatikan kejadian it uterus sahaja mengejar pemandu bas berkenaan dan mengarahkannya berhenti dan turun!!!

Bermulalah adegan 18 SG pula. Pemandu bas tersebut dibelasah dengan hebatnya.Saya tergamam. Tidak tahu nak buat apa. Along pun sama. “Along, tepon polis lah…nanti habes orang india tu kena kang!” Lagak gelabah Atikah.

Alhamdulillah..rupa-rupanya pihak polis sudah tahu rupanya. 5 min kemudian muncullah sebuah kereta ronda polis meleraikan keadaan yang tegang. Pemandu bas berkenaan dibawa ke balai untuk disoal siasat.

Macam-macam hidup ini. Ada orang cerita pakcik pemandu india itu tadi melaporkan yang bas yang dipandunya itu mengalami masalah brek. Tapi ada pula suara-suara sumbang yang kata dia hanya mereka-reka cerita. “Penipu je India tuh!! Dah cek dah brek bas tu, elok je!!” dengan muka bengang tidak terkata. Aduhai, apalah yang berlaku sebenarnya.

Terlintas sejenak saya bersama Along, boleh jadi kereta Viva yang paling teruk keadaannya itu adalah kereta satria Neo Along.Nauzubillah…Thank you Allah….Sesungguhnya pengalaman ngeri ini peringatan untuk saya terus menerus bersyukur atas segalanya…….Alhamdulillah………..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails