Monday, August 23, 2010

New chapter....

Surat KKM telah p0n sampai ke rumah dengan selamatnya.......................menunjukkan yang aku sudah boleh mula bekerja mulai esok............

"Bila nak mula keje neh tkah oit....start a new chapter in your life"

mentang-mentangla dapat hospital sekangkang kera jeee....=p

wawawawawawawawa ~ ntah laaa...mak kata,"baik start lepas raya"...hmmm....nannie kata "mula jee keje cepat, cepat start cepat abes PRP!!" Elle kata, "start jee..start lambat-lambat p0n bukannya study p0n!!" wawawawawa betul3x!! Mcnaa kata, "baik start sekarang!!kitorg tak de efek p0n cuti raya =p" ngenggggg~

Aku kata??? tak tahuuuuu ~ macam nak start jee awal...ada orang kata " nanti effect pada kenaikkan gaji, pangkat, status nak dapatkan pinjaman" Tapi.............................."tapi sussah jugalah untuk dapatkan cuti raya nanti, lebih-lebih lagi Selangor neh" Puan Yuhaniz dari JKNS....

Aduyai~ Kalau nak difikirkan, lebih baik pulun habes-habesan Ramadhan kali ini.....sebab nanti Ramadhan akan datang..won't be the same........hmmmm.....................tak tahu......ada orang kata " mesti ada hikmahnya mula bekerja di bulan Ramadhan yang mulia ini"

betul2...........Aduyai~ bingunggggg...nak ke tak nak????

15 checklist.......try tengok....(Bil: 3)

5 things left.....

11) Apabila arak berleluasa
Memang da berleluasa da kan?? Kat mana-mana p0n boleh dapat...mungkin disebabkan kita duduk berbilang kaum dan bangsa...yolah, tapi malangnya Melayu Islam p0n terlupa yang arak itu haram!! Aduyai~
eiii...arak yang jijik!

12) Apabila emas dan sutera dipakai oleh lelaki
Cam pelik jee bila tengok ada lelaki yang nak pakai emas neh. Jarang gaks tengok lelaki berpakaian sutera dan memakai emas...tapi itu semua lelaki tulenlaaaaa...Kalau yang teringin jadi perempuan??Sedih kalau terjumpa mereka yang keliru identiti neh...Kalau asal kejadian memang dah 2 jantina tuh boleh diterimalaa..Kalau dah lelaki..teringin jadi perempuan..hmmm......confuse...mungkin merekalah menjadi penyumbang terhadap perkara ini...=( Wallahu'alam.....

13) Apabila artis-artis disanjung tinggi
  • Anugerah bintang popular
  • MTV award
  • Anugerah harian Metro
  • Anugerah neh
  • Anugerah tuh

MTV awards

ABPH...menjulang nama artis-artis.....

huhuhuhu...tak taw ape lagi...memang banyak sangat anugerah-anugerah neh untuk artis-artis. Bila mereka yang di'highlight'kan..mestilah mereka yang menjadi id0la masyarakat...hmm...tak faham jugalah mengapa ada juga rancangan agama yang dijemputnya artis sebagai tetamu....aduyai~ bukan nak kata mereka tidak punya kebaikkan langsung...Tapi, masih ramai lagi mereka yang lain yang lebih baik yang boleh dijadikan idola masyarakat.........haissyyyyyyy....

Apa kata kita buat...Anugerah Ustaz paling p0pular??!! Best3x!!Calon-calonnya adalah :
  • Ustaz Azhar
  • Ustaz Zaharuddin
  • Ustaz Shahril Long
  • Ustaz Hasrizal....
dan pemenangnya adalah................................................wawawawaw........ lu decide laa senirik..=)

14) Apabila muzik banyak dimainkan
HEDONISME...neh adalah salah agenda orang kafir untuk menjatuhkan Islam.....Astaghfirullahl'azim...

Naik kereta jee..'tup' switched on the radio..."ERA Rentak Muzik Terkini"...ish3x..tak sempat p0n nak baca doa naik kenderaan lagi...haisyyyy....Bukan kee lebih baik kalau ikut langkah-langkah berikut setelah naik kenderaan :

  1. Baca doa...
  2. Baca Ayatul Kursii..3 kali..
  3. Barulah on kan radio..."IKIM.fm...Pilihan Utama" wawawawawawa (optional)
  4. kalau tak nak stesen tuh...teruskan dengan bacaan ma'thurat kee...lagi baekkk
JOM amalkan!! =)

Fitrah kottt untuk kita semua sebagai manusia untuk berhibur...Islam tak pernah pon menghalang kita untuk berhibur..Tapi pastikan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan....seimbangkan hiburan dengan amalan...=)

15) Apabila umat akhir zaman mengutuk tokoh-tokoh terdahulu
Na'uzubillah....Dah lah tak kenal p0n mereka tu siapa..nak kutuk-kutuk plaksss....Aduyai~

Ntahlaa...pernah juga terfikir..."Napelaa die ltak nama HALIMAH kat cerita HALIMAH JONGANG tuh.."

Halimah itukan ibu susu Nabi Muhammad...Letakla nama Rebecca kee...Joyah kee...tak best betullaa....Ada lagi satu cerita..siapa ntah yang melatah tuh...kalau tak silap nama Sahabiah jugaa...tak ingat....

Ramai yang tak sensitif tentang perkara-perkara seperti ini...mungkin ada mereka yang rasakan.."Alahai..cerita rekaan jee tuh p0n....." hmmmmm...betul..tapi..letak laa nama orang lain!! tapi...jangan Atikah sudah....wawawawawaw~ Kalau yang baik-baik...tak pe...wiiii~

Inilah ke 15-15 perkara itu yang akan mengHALALkan Allah untuk menurunkan bala....Dah ada kan semuanyaa?? Please...no more statement of denial....Rasulullah s.a.w p0n pernah cakap..bumi neh kan dah berkaki 3...sudah p0n bertongkat..itu beberapa ribu tahun yang lalu..sekarang???

Kemudian, ditanya seorang sahabat, "apakah bala itu Ya Rasulullah??"

Ada 3 jenis bala yang akan diturunkan...
  1. Penyakit angin ahmar
  2. Gempa bumi
  3. Perubahan cuaca yang drastik

[Hadith riwayat Tarmizi]

Takut untuk hadapi saat itu...Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu...so, kenalah berusaha untuk bersedia menghadapinyaaaa...........dan pastikan kita bukan penyumbang kepada 15 perkara ituuu.............Chaiyokss!!

15 checklist.......try tengok....(Bil : 2)

worite...let's continue...

6) Apabila anak-anak lebih mempercayai teman-teman

"Salah satu punca gejala sosial yang menular masa kini adalah kerana pengaruh rakan sebaya" (Karim, 2010)

"Makcik sedih betul dengan Si D tuh!! Konon kawan!! Sebab dielah anak makcik jadi macam neh!!"
(Makcik Esah, 2010)

Salah satu punca gejala-gejala di atas memanglah pengaruh rakan sebaya.........tulah percayakan kawan yang tak betull..makan diri sendiri.....

Betul, apabila kita jauh dari Islam, sama macam kita jauhi ALLAH...memang mudah sangatlah untuk kita hanyut....lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. Dunia tanpa sempadan kan....GLOBALISASI yang mengancam diri....perlu salahkan siapa sebenarnya??

Kawan?? hmm...kerajaan?? media?? Everyone has their own role....malas ma0 bicara tentang ini.....

It was so obvious..sometimes, we trusted friends more than anyone else..until we forget that we have mak and ayah who should be our best friends ever...or maybe it is due to the pressure that we created today..made this scenario to happen?? Ntah laaa....mak ayah sibuk sangat...semua benda tak pernah cukup...aduyai~ ini semua kes kalau TERkawan dengan mereka yang ntahpapentah... Kalau dapat kawan baik-baik.....memang la bagus!!!

How can we know..they are good or bad??

good friendsss are:
When we see them, we remember Allah.
When we listen to them, we remember the day after.

Do you have friends like this?? Ada k0tttt........kalau tak dee p0n..Let's try to be like that!! yeah!!

"Dan barang siapa yang berpaling dari pegangan Allah Yang Maha Pengasih (al-Quran), Kami biarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karibnya"
[Az-Zukhruf : 36]

"Dan sesungguhnya mereka itu (Syaitan) benar-benar mengahalangi mereka dari jalan yang benar, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka menerima petunjuk"
[Az- Zukhruf : 37]

Ayat ke - 36 neh diturunkan pabila Thalhah dan para teman kafir Quraisy mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam..Dari Muhammad b 'Utsman al-Makhzumi ra.

"Aku mengajakmu untuk menyembah Lata dan 'Uzza,"ajak Thalhah dan mereka yang lain kepada Abu Bakar.

"Siapa Lata dan 'Uzza?," tanya Abu Bakar.

"Lata adalah tuhan kami dan 'Uzza adalah putri Allah,"jawab Thalhah.

"Siapa ibu 'Uzza?" tanya Abu BAkar kembali.

Terkesima.....semua sekali..........

"Hai Abu Bakar aku bersaksi tidak ada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan utusan Allah" sambung Thalhah mengakui kebesaran Allah dan mempercayai Nabi Muhammad s.a.w...........
[Hadith Riwayat Ibnu Abi Hatim. Kitab Ad-Durul Mantsur : 6/19]

Percaya ke tak yang Syaitan selalu jee mendampingi kita?? Ramai orang kata dan ada hadith juga menyatakan bulan Ramadhan neh Syaitan diikat, oleh itu kalaulah timbulnya niat jahat itu adalah nafsu kita sendiri..Hmm.. itulah kesan pentarbiahan Si Setan laknatullah kat kita...Ntah-ntah mereka enjoy gakss tengah-tengah kena ikat tuh!!! haissyyyyyy!!

Sebab itu, mulakan dengan BISMILLAH...dalam segala hal yang kita lakukan....
jom mulakan!! BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....(eip..tadi dah baca dah=p)

7) Anak-anak akhir zaman jauhi diri dari ayah

Hmm....apa bezanya HORMAT dan TAKUT?? Anyone?? wawawawawaw~ Ntahlaa..pernah juga dengar..kita tak perlu TAKUT pada ayah..yang penting HORMAT! TAKUT hanya pada ALLAH...betul...tapi kalau dulu time kecil-kecil...bila nak buat salah jee.

"Tkah ayah marah kang nanti.." pesan Along...Terus berubah fikiran dari mengerjakan perkara tersebut...itu TAKUT ke HORMAT?? still confusing...

Rasanya, bila rasa HORMAT pada ayah, TAKUT itu akan datang...kee the other way round?? huhuhuh...kita perlu HORMAT..bila kita HORMATI ayah kita sudah pastinya kita akan mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak menyenangi beliau..kan??kan??

Tapi kalau ayah itu betul-betul mesti dijauhi?? Macam, hendak dijual anak daranya kepada sesorang jantan tak guna..baek lariiiii....Kalau bapak tuh memang tak pandai beza anak dan isteri?? baekk lari.......Sdey btoll bila dengar cerita-cerita sedih camneh...

Memang dah banyak kes-kes macam neh terjadi............aduyai~

8) Apabila masjid menjadi gelanggang pergaduhan

Haaa...neh lagi satu hal. Tak tahu macam mana nak dibendung..........masalah betul!! Gara-gara berlainan pemahaman politik, masjid jadi mangsa=(

Siapa yang layak jadi AJK masjid?? Ada-ada..Dalam Quran ada termaktub

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta (tetap) melaksanakan Solat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali pada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk"
[At-Taubah : 18]

Layakkah anda?? Ya Allah...masukkan kami dalam golongan yang mendapat petunjuk....ameeeeennn...

9) Apabila pemimpin di suatu kaum rendah moralnya

Rendah moral??
  • Menghalalkan sesuatu yang terang tang tang HARAM!! macam JUDI......haisyyyy
  • Kalau dah sanggup membunuh?? aduyai~
  • Mereka cipta cerita-cerita kontroversi untuk menjatuhkan sesorang...
  • Bergaduh tumbuk menumbuk dalam sidang Dewan Negri...
  • Memakan harta rakyat jelata.Penyalahgunaan kuasa...
Rendah kan moral??

Pernah tak dengar.."Jihad yang sebenar adalah berkata benar kepada pemimpin"

Wajiblah kita sebagai rakyat jelata menegur kesalahan pemimpin...Kalau dah salah tuh...akui..dan cubalah untuk berubah...Memang tak dinafikan sussahhhh nak jadi pemimpin neh...Telah ada sebelah kakinya ke dalam neraka tatkala dipilih menjadi pemimpin.. Na'uzubillah....

10) Apabila pemimpin dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya

Ini lah jawapan bagi persoalan tadi...Aku TAKUT atau HORMAT ayahku?? Merangkap Imam atau Pemimpinku....TAKUT bukan pada kejahatan beliau..tapi pada ketegasan beliau dalam mendidik jiwa mendekati Allah...=) betul2!! so, it was soo Wokeh to TAKUT to him during that time..wawawawawaw~

Nape kita perlu memuliakan sesorang yang jahat??!! hmm...Siapa yang jahat?? Contoh paling mudah...FIRAUN!! memang jahat tahap ape p0n tak tahu....Namun, Asiah?? isteri die..yang menjadi 3 wanita yang amat dimuliakan...Selain Saidatina Khadijah dan Fatimah Rasulullah...

"Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang-orang beriman, isteri Firaun, ketika dia berkata,"Wahai Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisMU dalam syurga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim""
[At-Tahrim : 11]

Macam neh lah baru best!! Dijamin mahligai di syurga kelak......
Kita neh....bukannnya apa sangat...setakat ISA p0n dah takut..Asiah dulu?? MasyaAllah......

Sila review satu per satu...setakat 10 perkara neh, memang semua depan mata!! Ya Allah, janganlah Kau palingkan hati-hati kami dari apa yang telah Kau berikan kepada kami.........

Kita sambung lagi 5 perkara nanti.......insyaAllah..

15 checklist.......try tengok....(Bil: 1)

Dari Ali r.a Rasulullah s.a w bersabda:

"Apabila berlakunya 15 perkara ini di muka bumi maka HALALlah bagiNya untuk menurunkan bala atau malapetaka"
  1. Apabila harta negara berlegar pada orang-orang tertentu sahaja
"Harta rampasan fa'i yang diberikan Allah kepada RasulNya (yang berasal) dari penduduk beberapa negeri, adalah untuk Allah, Rasul, kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan untuk orang-orang yang dalam perjalanan agar harta itu jangan hanya beredar diantara orang-orang kaya sahaja di antara kamu. Apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah. Dan apa yang dilarang baginya maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah amat keras hukumanNya."
[Al-Harsy : 7]

Harta rampasan fa'i ini merupakan harta rampasan di zaman Rasulullah yang diperolehi bukan dari kemenangan peperangan. Harta rampasan ini dianalogikan sebagai harta yang dikumpul bersama dalam sesebuah negara.. macam cukai, zakat, duit saman..=p Kalaulah semua duit ini digunakan sebaik-baiknya seperti yang disarankan..mungkin..mungkinla..subsidi tidak diturunkan dan harga barang takkan naik!! Wallahu'alam..

2. Apabila amanah menjadi sumber keuntungan..

Aduyai ~ teringat dulu tatkala memegang jawatan di dalam persatuan..

"tak pee kee kalau kita claim lebih camneh??" A yang musykil.
"tak pee, sebab kita bukannya claim untuk kita p0n! untuk next programkan?? lagip0n kita memang dah dapat kelulusan untuk jumlah yang tu" terang B.

tapi..

"haa..ade bajet lebih neh..kita buat makan2 sketlaa...ganjaran bagi mereka yang kuat bekerja.." B yang mencadangkan....A jadi bingunggg....

Astaghfirullahal'azim.........camne kah ini????

"Wahai orang0orang beriman! janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui"
[Al-Anfal : 27]

Ayat ini diturunkan setelah Abu Lubahah bin Abdul Mundzir telah memecahkan amanah yang telah diberikan kepada beliau untuk menjadi mata-mata dalam Perang Quraizhah. Namun, dia telah memberitahu Bani Quraizhah sesungguhnya semua orang Bani Quraizhah akan diserang setelah dikepung selama 21 malam..
[Hadith riwayat Sa'id b Manshur. Tafsir Ibnu Jarir 9/146]

Sebenarnya banyak sangat ananah yang ku galas kini..amanah sebagai seorang anaklah, kakaklah, kawanlah, adiklah, nanti dah kerja..amanah baru lagi..kalau dah kahwin..amanah sebagai isteri lagi..dapat anak..mak lagi.....hmm.........


3. Apabila zakat dianggap denda

Mungkin ramai yang tak sedar..

"ei.. aku kene pakai semua emas aku neh...kl0 tak, abeslah aku..kena bayar zakat!!"

Na'uzubillah.....kalaulah terjadinya perkara seperti ini...memang nerakalah tempatnya..lbey specifik lagi neraka lazzo...kerana dalam neraka itu adalah tempat orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat tapi himpun harta melambak-lambak...

4. Apabila suami ikut kehendak isteri.

a.k.a D.A.Y.U.SSSSS!! Macam ramai jee sekarang neh..Pusing kiri, kanan, depan, belakang, macam ramai jee lagi makcik-makcik yang tak menutup aurat..Selalunya suami-suami neh...eip.. salah..Sepatutnya suami-suami neh..bertegaslah sket untuk tidak berkongsi isteri mereka dengan orang lain..tapi cam tak kisah jeee.....Ntah lee.....mungkin jugala..suami yang suruh...haisy.. kalau dah taw laki tu camtuh..cari laki laen jee laaa....

5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa

Dari zaman Si Tanggang lagi telah wujudnya anak-anak yang menderhakai ibunya...Zaman sekarang??? aduyai ~ Pernah tak dengar, satu kisah di zaman Rasulullah s.aw...ada seorang pemuda yang tak dapat nak mengucap di akhir hayatnya gara-gara ibunya pernah SEKALI jee...ulang lagi SEKALI jee..terguris dengannya kerana terkilan si anaknya itu mengikut kata isterinya berbanding dirinya..Sedangkan pemuda itu beramal soleh......Aku neh....Aig0o0oo....ntah bape juta kali ntahh....Sorry mak..Sorry ayah...

"Redha ibu bapa, Redhalah Allah.Murka ibubapa. Murkalah Allah."

Nape Rasulullah cakap sampai 3 kali...ibumu, ibumu, ibumu..barulah ayahmu??

"Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik terhadap kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan sussah payah, dan melahirkannya dengan sussah payah. Masa mengandung dan menyusuinya tiga puluh bulan, sehingga anak itu dewasa dan mencapai umurnya 40 tahun dia berdoa "Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai. Dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sungguh aku termasuk dalam orang Muslim""
[Al-Ahqaf : 15]

Hebatkan mak??

Tertekan jee bila baca suratkhabar yang banyak meceritakan kisah-kisah anak tak guna mcamneh....
memang mentelll...

ineh p0n mentelll...

Moga ini tidak akan berulang....

Tak tahu nak salahkan siapa..mak ayah kee yang salah sebab tak bagi didikan agama?? Aduyai~
Ke mungkin itulah balasan mereka kerana dahulu kala mereka p0n berbuat sedemikian rupa...ntahlaa...

tapi, apa yang pasti dalam Al-Quran kata tak boleh sebut 'AH' p0n.. maksudnya menentang sebarang perkara dengan ibu bapa.......anak-anak, seteruk mana pun ayah atau ibu kita..mereka itulah ibu dan ayah kita....tapi.. kalau ayah da makan anak??? haisyyyyyyyyyyyyy... lagi penin kepala memikirkan dunia kini yang semakin dekat pada kehancurannya......

Kita berhenti dahulu di sinii....till next time!! insyaAllah....=)

adusss ~ saket w0o0oo,,,

Alhamdulillah... i am still breathing freely in this 2nd trisemster of Ramdhan...=) Ingat pregnent jee ade trisemester?? Ramadhan p0n ade gaks!

10 malam pertama rebutlah RAHMAT, 10 malam kedua rebutlah KEAMPUNAN, dan 10 malam terakhir pohonlah agar TERHINDAR DARI AZAB API NERAKA...

Tak dinafikan, memang sedih yang amat bila ALLAH bagi cuti..haisy!! Tapi, patutnya cuti umum itu bukan menjadi alasan untuk kita tidak mengejar apa yang ALLAH dah janjikan...kan?? kan?? Banyak benda lain yang oleh buat...macam tolong sediakan juadah berbuka akan mendapat ganjaran sama seperti orang yang berpuasa..hmm..mendengar orang bertilawah p0n dah dapat pahala..banyak jee peluang lain yang boleh direbutkan...pergi suarau dengar tazkirah p0n boleh! Nak seribu daya tak nak?? banyak lah dalihnya...

hmm..hari neh, "eip, asal tak habes lagi teraweh?? Bape rakaat dah neh?" selalunya dalam pukul 9.35 tazkirah akan dimulakan..lain pula hari ini..terpaksa menunggu 4 rakaat teraweh..

Tapi..inilah hikmah disebalik keawalan kehadiranku...

"Saya jadik plaks!! Saya jadik plaks!!"
"ei, mane bley saya jadilaaaa!!"

Aduyai, bapak bising kanak-kanak ini...............serius..memang bising. Boleh plaks main lumba-lumba gelongsor kat tangga tuh...berdentum-dentamlaaa....kesabaranku teruji...haisyyy...

"Nama adik ape ye??" tanyaku..
"Hakim!" siap menjerit lah si Hakim neh...buat malu je...
"Hakim ajak la kawan-kawan main kat luar, sebab nanti Allah marah kalau kita kacau orang solat." jawabku yang msih tenang..Hakim neh macam ketua segala budak-budak di situ...seb baek comel...
"Mana ada hakim kacau orang solat. Hakim maen kat sini jee!" Ditunjuknya tangga...
"Hakim taw tulis nama Hakim tak??" tanyaku kembali..memang bijak budak neh...
"Taw2!!" riang ria Si Hakim
"Kl0 camtuh..hakim tunjuk kat akak camne nak tulis nama Hakim boleh??"

Excited laa Hakim neh...yes!! Ketua telah menyerah...mereka yang lain p0n ik0t..=)

Malangnya..
"Hakim tulis dulu!!!!!"
"Fana nak jugak!!"
"Fariha pandai!!"

Berebut la plakss!! haisy.. abes buku nota..kene koyak-koyak!! Sabar jee la...

"Hakim nak sambung mainlah cam neh! Bukannya Hakim dapat tulis p0n!!" bengangg jee Hakim neh...memang out of control..pen ade satu jee..nak buat camnee?? Bermulalah semula sesi berdentum-dentam mereka itu...gagal lagi...

Setelah salam..."Hakim!!" marahlah mama Si Hakim neh...mana tak nye...dengar k0tt suara anak beliau sepanjang solat tadi..berlakulah sessi memarahi anak...Ish3x...tulah orang suruh dok diam-diam tak nak...

Aduyai~ tak terkesan di hati rupanya...bila mama mula solat semula..Hakim and the gang sambung maen balik...Bila dah bising sangat...

"Hakim, cuba Hakim try baca doa kat sini diam2...nanti Allah sayang, mama p0n sayang..." ku tarik Hakim dan yang lain-lain..tiba-tiba.."Pang!!!" Adusss..saket w0o0o0o....

Berani Si Hakim neh menampar muka ku....terdiam jap...."hmm..tadi nampak mama Hakim tanpar Hakim bila suruh Hakim diam...." inilah akibat dari perbuatan mamanya tadi...

It's true...the children..especially those with in Hakim's age..they may easily absorb anything.. the badss and the goodss..They will do what we did...Aig00oo..mama Hakim..aku yang kene...

So, as parents..give l0tss of g00d input...they will memorize them one by one...kepimpinan kan melalui tauladan...pastuh.. tolongla janganla tampar menampar anak-anak....aduyai~

Sunday, August 15, 2010

untungkah?? rugikah??

"Demi Masa.....Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH, yang BERPESAN- PESAN PADA KEBENARAN dan BERPESAN-PESAN PADA KESABARAN......" Al- Asr :1-3

Hmmm....What have I done today??

"Aduyai, ruginya aku hari ini!! Aku tid0 dari lepas suboh sampai zohor!! Baik aku keluar temankan mak pergi beli lauk.."

"Hish!! tengok TV je ari neh!! Dah lah tengok bebende merepekss jee. Tak de cite best p0n! Ntah pape ntah Astro neh!"

"Bencinyeeee, Cik Siti tuh! ajak aku gossipsss plakss!!"

Astaghfirullahal'azim....

Tapi, alangkah bagusnya kalau macam neh.....

Yeay!! hari neh aku bersyukur aku id0p lagi! Alhamdulillah. Aku masih punya IMAN. Pagi itu aku ke surau menunaikan solat suboh berjemaah dan ku tambah AMAL SOLEH ku dengan mendengar tazkirah ustaz Shahril Long yang best!! Yang lagi BESTnyeee...Tengahari itu, sedang leka menemami ibu membeli-belah,

"Woit! Cik Siti! lama tak jumpa. Sihat??" teruja betul jumpa member lama..
"Sihat-sihat jee.." jawab Siti selamba..

Napekah aku jee yang excited neh??.. monolog jap...

"Yang, jomlah kita pergi kat sana plaks!" dengan selambanyee juga Si An-non ini menarik tangan rakanku. Tak perasan berangkali....

"Eip, jap la... Kawan Siti ini" Bersegeralah Si Siti menepis tangan yang Si An-non itu. Segan kottt...

"L0rh, Siti dah kawen rupeenyeeeee!!! Tak ajak aku p0n!!" sajee jee berseloroh.

"ei..bukan-bukan!" 0o0o0o pt0tla...

Lantas bersegeralah aku BERPESAN-PESAN PADA KEBENARAN....

"o0o0o..ingat dah kawen! Hmm...haisy buat fitnah plakss aku neh!! Sorry2..tu la laen kali jangan la buat adegan-adegan yang mencurigakan. Takut orang tersalah anggap pula." kataku tersenyum...Makan dalam lah mereka....

"K0 pehal!?? Nanti kitorg kawenlah!!!" tengking Si An-non. Confuse......mesti die rasa bersalah.......positifkan fikiran dan aku perlu BERSABAR.....

haa....dah cukup dah keempat-empat ciri untuk aku menjadi seorang yang BERUNTUNG pada hari ini!!!!!! yeay!! Alhamdulillah....

Es0k muhasabah lagi yee....=)

Thursday, August 12, 2010

tAubaTt! tak mahu buat lagi!!!!

Hari ini akan ku kisahkan tentang satu cerita yang benar-benar menbuatkan diriku..."Aduyai..." sebab aku makan cilikah?? Mungkin....Astaghfirullahal'azim...

Tersebutlah kisah dua orang gadis sunti di zaman Rasulullah yang sangat rajin membantu penduduk kampung. Apabila tibanya Ramadhan lebih rajinlah mereka membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Bukan sahaja kerajinan yang menjadi bualan malah keramahan mereka turut menyenangkan seluruh penduduk kampung. Kerajinan mereka tika itu menarik minat segenap lapisan masyarakat. Mungkin boleh dicalonkan sebagai pemudi contoh kampung tersebut.

Tibalah di suatu hari, sedang mereka sibuk menolong orang kampung dengan membawa sebaldi air.

"Rajin berul mereka berdua itu sudah pastinya pahala mereka berlipat-lipat kali ganda! yelah beramal di bulan Ramadhan memang dijanjikan pahala yang banyak." berkata seorang pakcik tua yang senang hati melihat perilaku dua gadis itu.

"Mereka itu tidak berpuasa sebenarnya!" Tegas Rasulullah s.a.w

"Kenapa pula Ya Rasulullah?" tanya pakcik tadi.

"Cuba pakcik periksa mulut mereka ada daging terselit di celah gigi" jawab Rasulullah s.a.w dengan nada bersahaja.

Lantas denga kuasa Allah, memang ada daging tersebut!! Aduyai......

"Puasa mereka tidak diterima kerana tatkala mereka membantu orang mulut mereka acap kali menceritakan hal orang lain yang mengaibkan " terang baginda.

Dalam erti kata lain, MENGUMPAT!! Segeralah bertaubat gadis-gadis itu....

Pengajaran dari kisah ini...`Atikah jangan MENGUMPAT!! batal puasa!!!!!! eip.. mengumpat memang neraka lah tempatnya..nak makan daging saudara sendiri???..Seperti yang digambarkan........Na'uzubillah.....

Cebisan kiah di zaman Rasulullah s.a.w oleh Ustazah Fatma Az-zahra : 12 Ogos 2010 : Surau Bukit Mulia.

Monday, August 2, 2010

Aku dan Mayyah...

Woowww!! you are 18 today!!! Alhamdulillah...ooppsss...not today..a day before yesterday..(1st of August : same day as ISA being officially part of the constitution)..What a coincidence??

'Coincidence'?? waawawaawa...I'm sure that you are the luckiest girl in this world just as you have born on the same day as ISA was born....ohh..no..no...it's shamefullll!!! Dush!!! ~ As the concequence, we always celebrate your big day where ever the crowd will be. Alhamdulillah...We still have chance to do so..till the day...ISA is ABOLISHED!!! insyaAllah...=)

This was on Sumayyah's graduation day...wawawawaw...Sian Mayyah, mak ayah tak de...This ceremony made me realised that "She's big enough wokeh!!" Aigo0o0o...

"Kak Tkah!!! CAmne nak beli tiket kat LRT nehh??" Kita kena cakap ape kat kaunter tuh nanti??" Apa ntah lagi persoalan yang timbul di benak kepala beliau sebelum beliau melangkah keluar buat pertama kalinya seorang diri menaiki pengangkutan awam....wawawawaw..lawaksss...Inilah nasib si anak bongsu yang memang perlu sentiasa menjelajah bersama mak dan ayah...eip, eip, PERLUKAH?? wawawawawaw ~ Ntahlaa.....

Tapi itu cerita 3 tahun dulu.. wokeh??? Sekarang?? "tak pe, tak pe...I can handle it myself!!" dengan muka confidentnyaaa =)

Me and Sumayyah at Cik Zah's house....gedikssssss!! She always call me that..I don't know why...:/ Padahal..."Kak tkah,,jom amek gamba kat sini!! Kat situ plakss" Haaaa..Budak neh memang suka bergambar =) dan juga mengambil gambar..So she alwayss think that all cameras at home are all herss!!.she might be a professional photographer one day..InsyaAllah...


Alhamdulillah...so far she understood me well...wawawawawwawa~ walaupun kekadang...she is so annoying!! Adusy..malas mao cerita di sini...=p Biasalah pengalaman yang mematangkan...Sedangkan Lidah lagi tergigit apatah lagi adek beradekss!! waawawwwaw~ Tapi di sebalik itu..masih terdapat banyak lagi kebaikan-kebaikan beliau yang mampu memberi kecerahan agung di rumah ini..=)

Apa-apa p0n...I am proud to be her sister..walaupun ku tahu...ada kemungkinan..she will never proud of me!!! wawawawawawaw~ thanx my dear Sumayyah...for giving me the chance to really understand the true meaning of SISTERHOOD!! yaeh!!! InsyaAllah...we will remain sisters till Jannah!!! ameeennnn..=)

50 tahun lamanyaaaaa.......

Internal Security Act (ISA)....I am definitely sure there are some of my friends.."Apeekahh??" Kalau di sebut Akta Keselamatan Dalam Negeri? masih lagi "Apeekahh??"

"Aku politik-politik neh malas nak amek tahu.."
"Bosan aku nak amek taw pasal politik neh, buat penin jeee..."

Malangnya percayalah peratus orang Melayulah yang paling tinggi untuk suka berkata demikian!! Sedihkan?? Benarlah kata Allah...manusia memang pelupa......sebab tuh Tun Dr. Mahathir pun pernah kata "Melayu mudah lupa"....

helllOOOOOo!!! this is not politic wokehhh?? General knowledge....kita semua perlu tahu tentang ini kerana kita juga tertakluk di bawah akta ini....Semalam, genaplah 50 tahun ISA ini termaktub dalam perlembagaan negara. Tahu apakah itu perlembagaan negara?? negara berperlembagaan?? Kalau ingat,ingat lupa..Sila rujuk buku sejarah tingkatan 3 kotttt....

Kenyataan 1 : ISA merupakan akta yang ZALIM bukan sahaja di sisi Islam tapi di atas dasar kemanusiaan juga ia tetap ZALIM.

Kenapa ISA ZALIM??

Ini adalah kerana.....

Kenyataan 2 : Sesiapa jua boleh ditangkap di bawah akta ini selama 60 hari berturut-turut TANPA DIBICARAKAN untuk tindak-tanduk yang diklasifikasikan sebagai ancaman kepada keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.

Kenyataan 3 : Selepas 60 hari, sesorang tahanan itu boleh dilanjutkan penahanannya selama 2 tahun jika diluluskan oleh MENTERI DALAM NEGERI. Kalau MENTERI DALAM NEGERI mahu lanjutkan lagi 2 tahun dan lagi 2 tahun dan lagi 2 tahun pun boleh. Membawa erti sampai bila-bila tertuduh tidak akan dibicarakan.

Bagaimanakah tindak-tanduk itu dikelaskan sebagai ANCAMAN??

Kenyataan 4 :Tindakan yang mengancam keselamatan negara itu dikelaskan mengikut 'mood' Menteri Dalam Negeri. Kalau beliau merasakan 'kerajaan' terancam. Maka ISA perlu digunakan.

Berapakah lamakah tempoh penahanan ISA yang paling maksimum?

Kenyataan 5 : Tiada had. Segalanya terpulang kepada Menteri Dalam Negeri.

Benarkah mereka yang tertuduh di bawah ISA tidak boleh membela diri?

Kenyataan 6 : Walaupun begitu seseorang yang ditahan dibawah ISA samada dibawah kuasa polis atau Menteri memiliki hak untuk diwakili oleh peguam dan mencabar keputusan pihak berkuasa semasa ia ditahan. Ini adalah sebahagian dari sistem untuk melindungi hak individu dari ditahan secara “arbitrari” atau tanpa alasan yang munasabah yang menyimpang dari keadilan.

Kalau dah macam ni, hapuskan sajalah ISA, buat pertuduhan secara spesifik dan tangkap.Kemudian bicarakan!!


Dalam ISLAM, seorang pencuri pun WAJIB dihukum seadil-adilnya. Hukum hudud telah mensyaratkan perlu ada 4 orang saksi sebelum disabit kesalahan. ISA ini?? Nasib hanya akan ditentukan oleh Menteri Dalam negeri. Dah lah tidak dibicarakan. Tempoh hukuman pun tidak diketahui. Memang ZALIM........

Teringat zaman-zaman menjadi 'ayah the fugitive'. Pelik juga. Bagaimanakah ayah nak kecik lagi kurus ini boleh mengancam keselamatan negara. Alhamdulillah...kami tidak diuji sedemikian rupa....Namun buat keluarga-keluarga tahanan yang lain....MasyaALLAh....mereka memang hebat!!!

Cikgu L, seorang , cikgu, isteri dan ibu yang hidup terumbang-ambing selepas suaminya diculik tanpa alasan. Katanya, "Mat Sah merupakan anggota JI yang mengancam keselamatan negara".....Sesungghnya Allah Maha Mengetahui. Padahal beliau merupakan seorang jurutera yang hanya hidup sebagai orang biasa. Pergi ke surau, kemudian terus ke pejabat. Petang, balik rumah...Penglibatannya dengan JI?? Tak tahulah pula....Mungkin kerana beliau mempunyai janggut panjang yang sinonimnya adalah 'pengganas'....Dahsyatkan..Janggut yang panjang pun mampu menggugat keselamatan negara................Negara ISLAM pula tu.......=(
Memisahkan isteri dan suami dan ayah dan anak-anak tanpa alasan...ZALIM namanya.......

Uncle Manaf..Seorang Jurutera..IR lagi (kalau tak silap)...sangat berpengalaman...Namun sebelum bergelar jurutera, beliau berkerja sebagai tentera. Terdapat beberapa misi keamanan yang dihantar oleh Malaysia turut disertai beliau. Sehinggalah JI digembar-gemburkan...."Anda adalah anggota JI. Anda telah mengancam keselamatan negara"

"Ya Allah, JI?? Saya pun baru dengar tentang Jemaah itu.." Jawab pakcik yang selama ini bertungkus-lumus berkhidmat demi agama, bangsa dan agama....

Kesimpulan yang boleh dibuat...kerajaan rasa terancam dengan JI..dan ikut suka hati Menteri Dalam Negerilah mahu tangkap sesiapa pun..Asalkan rakyat takuuuuuuttt pada ISA!!!!!!!

Jangan sertai sebarang demonstrasi..anda telah mengancam keselamatan negara....ngengggggg~

Tahanan politik?? memang ISA lahhhhhhhhhhhhhhh....."No other place will make me feel safer.." tersenyum lebarlah semua menteri-menteri yang merasakan diri mereka terancam...Hmm..berdosalah kamu wahai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.....Na'uzubillah...

Seorang India yang telah berada di penjara Kamunting (tempat tahanan ISA) sudah lebih dari 20 tahun kerana telah mengancam keselamatan negara atas pertuduhan disyaki terlibat dengan wang palsu. Mungkin mereka rasa terancam sebab Si tertuduh ini dahulunya bekerja dengan salah seorang VVVIP sebab tu negara terancam!! Padahal.. Boleh jee kalau nak dibicarakan...buatlah tuduhan membuat wang palsu...kan?? Aduyai~

Sebenarnya ISA ini dahulunya pun dibuat yntuk mengelakkan ancaman komunis. Dipercayai ramai tali-tali barut yang masih lagi berlegar-legar...Tapi sekarang?? Komunis dah tak ada..Namun, penggunaan ISA lebih menjadi-jadi....Kini, telah 50 tahun 'mereka' bertindak ZALIM dengan menggunakan ISA ini. Kalaulah terjadi kepada ahli keluarga 'mereka', mungkin baru nak terfikir, "betullah, ZALIM sungguh ISA neh!!" Tapi, mana mungkin 'mereka' yang terkena..kuasakan di tangan 'mereka'.... Wallahu'alam...HAPUSKAN ISA!!

Mungkinkah entri ini mampu membuatkan aku ditahan di bawah AKTA HASUTAN?? ntahlaa...yang penting ilmu ini penting untuk dikongsi bersama......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails