Tuesday, June 2, 2009

Warkah Buat Adinda Sumayyah…..


Assalamualaikum…

Kehadapan adikku Sumayyah. Semoga adinda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera disamping emak, kak kauther dan abang dinda yang tersayang di rumah. Disebabkan adinda sering kali ‘pester’ untuk kekanda menulis di blog ini. Akhirnya kakanda mendapat idea untuk menulis isi hati kakanda terhadap dinda. Sesungguhnya segala yang tersurat ini adalah ikhlas dari hati kakanda yang bernama ‘Atikah ini.

Adinda Sumayyah,

Pertama-tamanya jutaan terima kasih kakanda buat adinda atas segala jasa adinda terhadap kakanda selama ini. Adinda telah banyak menolong kakanda. Susah dan senang kita tempuhi bersama. Adinda senantiasa berada di sisi kakanda dalam segala hal pun. Adinda telah banyak berubah sejak dua menjak ini. Adinda banyak menasihati kakanda untuk menjaga kebersihan tandas. Adinda seolah-olah nekad untuk menjadi penjaga tandas kita. Kakanda bangga punyai adinda seperti adinda ini. Walaupun kadang-kadang kakanda merasakan yang adinda ini sering kali MEMBEBEL bagaikan nenda kita. Namun, jauh di sudut hati kakanda, benarlah kata-kata adinda,”Kebersihan sebahagian dari iman”. Terima kasih dinda……….

Teringat juga suatu masa dulu , apabila dinda MEMBEBEL lagi.” Akak nih x retila nak bersihkan sink lepas basuh pinggan!” Bentak adinda. Mohon maaf atas segala keterlanjuran kakanda kerna tidak berbuat denikian. Bukan kerna tidak mahu melakukan demikian tetapi terlupa. Bukankah kita semua ini manusia? Manusiakan mudah lupa? Tapi kakanda terima seadanya. Kakanda tahu niat dinda ikhlas untuk memperbetulkan mana yang tidak betul Terima kasih dinda sekali lagi…

Dinda,

Kita semua boleh berubah jika mahu. Hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Benarkan?? Kakanda merasakan yang adinda telah menjadi seorang yang lebih baik dari hari ke hari. Kakanda pun ingin jadi seperti dinda. Berubah kea rah kebaikkan. Berubah demi kebaikkan diri sendiri dan juga orang sekeliling. Mungkin nanti kita boleh pergi bersam-sama bonda dan kakanda lain ke taman untuk beriadah. Teringin benar rasanya kakanda untuk jogging bersam-sama dinda. Semoga kita diberi peluang untuk berbuat demikian. Kakanda tidak akan meggunakan kasut dinda jika dinda berniat untuk turut serta pada minggu hadapan. Marilah dinda! Bonda tentu gembira jika dinda boleh turut serta.

Adinda Sumayyah,

Nama dinda indah sekali. Kakanda tahu dinda amat gemar lagu dendangan Hijjaz yang menceritakan tentang tokoh islam yang bernama Sumyyah ini. Beliau adalah wanita pertama yang SYAHID! Kakanda yakin dan percaya adinda memang benar-benar faham akan mulianya Sumayyah ini dan adinda juga mesti sedar bahawa bonda dan ayahanda mempunyai harapan agar dinda dapat mencontohi Sumayyah ini.

Adinda Sumayyah yang disayangi,

Kakanda rasa banyak sudah coretan kakanda buat tatapan dinda. Semoga adinda gembira menatap warkah ini. Kakanda mohon maaf jika warkah ini mengundang kekecewaan ataupun kemurungan terhadap adinda. Kakanda rindu benar untuk berjumpa dengan adinda pada hujung minggu ini dan amat berharap agar kita dapat menemani bonda beriadah bersama-sama. Akhir kalam, sampikan salam saying kakanda buat bonda, ayahanda, kakanda Kauthar, Kakanda Mundzir di rumah. Katakan kepada mereka,” InsyaAllah kita jumpa lagi!”

Assalamualaikum…..

Wednesday, May 27, 2009

Titik DEMI titik...

Titik DEMI titik………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………Alhamdulillah………sedar tak sedar saya sudah pun 22 tahun,9 bulan,11 hari menghirup udara di atmosfera ini. Jantung saya pun masih berfungsi dengan baik. Alhamdullillah….I am still breathing. Thanks to Allah.The ALL MIGHTY..Giving me the chance to continue the DOTS!! Thanks a lot!!

Titik DEMI titik……….yang perlu diteruskan……..Yeah!! Visions, missions,goals,targets in my life which all seem to give the same meanings to me.. is to make these continuous DOTS will be the most colourful, beautiful, and meaningful for me and people around me.

I may consider my first dot is my first cry. I am the Winner. I am very grateful that I am the daughter of En ZAhir and Pn Robiah. This is one of the things that I never forget to thank to ALLAh everytime after my prayers. Alhamdulillah…These dots continuous till today.

Along, angah, Kak yusra, Kauthar, Mundzir, Sumayyah..inilah insan-insan yang paling dekat di hati untuk selamanya a.k.a adik beradik saya. Insya Allah. Boleh nak dikatakan 90% dari titik-titik ini diwaranakan,diteruskan,disusun bersama-sama ayah emak dan insan-insan ini. Tapi sekarang dah semakin banyak pula nama yang perlu ditambah. Along dan angah sudah punya suami. Abang Epul dan Abang Najib. Thanks sebab sudi jadi abang saya! Umar seorang lagi buah hati, permata jantung, Intan Payung, penyeri teratak!! Comel sangat…Tahniah angah…Semoga Umar bakal menjadi Mujahid seperti mana namanya…InsyaAllah…

Rumahku Syurgaku….Saya rasa rumah sayalah tempat paling tenang…sangat menenangkan…bersyukur sangat sebab saya sangat suka balik rumah. Slah satu factornya ialah di situ ada emak dan ayah!! Selagi mana ade ruang dan peluang untuk saya jumpa mereka selagi itulah saya akan ambil! No excuse…Rumah pun sangat membantu saya dalam meneruskan titik demi titik ini……………………

Friends?? Of course!! I am a good friend! No , no, no….Actually I have many many many good friendsssssssss…………………………They always contribute some DOTS that are arranged nicely. Nice?? NOT really…Sometimes they are nice and sometimes they are not. Eventhough there are some DOTS which are not suppose to be in the line, but it was just for the first thought! Sometimes also for the second or third or till the forth! Am I right? Btol, btol, btol! But finally, for a few thoughts after the first thought I will definitely feel good about the ‘DOTS yang TIDAK DIUNDANG!’ Alhamdulillah…Kadangkala kita jadi ‘LAMPI’=Lambat Pick up sikit dengan tititk-titik yang tak diundang ini. Banyak je yang tak puas hati dengan apa yang kita ada. That is HUMAN! But I am Trying to be the tOP 3% of the HUMAN!! This is what ayah always said to us. “Let’s be the TOP 3% of the HUMAN KIND” mana ayah dapat pun tak tahu..He reads a lot! Sebab tu My DOTS are full with excitement …maybe…ahaks!

This is only the starting and of course this blog also part of my DOTS! Alhamdulillah.....

Allah makbulkan doa kita dalam tiga cara.

1)Allah bagi apa yang kita minta.Alhamdulillah..

2)Allah bagi kita benda lain yang lagi baik dari apa yang kita minta. Tapi kita selalu tak nampak. Astaghfirullah.

3) Allah tak bagi kita di dunia tapi Allah bagi kita di syurga nanti. MasyaAllah…hebatkan DIA?? Tapi kita selalu lupa. Terukkan manusia ini?? Saya pun manusia juga....................................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails