Saturday, January 16, 2010

Peringatan buat semua

Petang tadi sempat aku ber'YM' bersama emak. Saling bertukar-tukar cerita dan masalah. Nasib baik adanya teknologi seperti ini. Tak tahula ape nak jadi kalau tak ada. Mak cerita tentang 'Dinner Luar biasa' mak dan ayah. Dinner itu menjadi luar biasa kerana buat pertama kalinya ayah dan mak dengan rela hati menerima jemputan makan malam yang bakal dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia. Tak disangka-sangka=p......Banyaklah ceritanya....

Tiba-tiba...
"Tkah taw psl Pakcik Amir??"
"Nape ngan Pakcik??" jelaslah ak tak tahu..
"Pakcik tengah sakit lagi..kanser die da attack kat peparu plak" sebak je...
"Innalillah.." itu saja yang mampu..
"Nanti mak forwardkan email makcik..Pergilah visit pakcik kalau ada masa" sambung mak lagi...
"InsyaAllah.."

Segeralah aku membuka email itu...


Assalamualaikum warga JIM yg dirahmati Allah selalu,

Mesej sms dari zaujah akh Amir, Datin'Kak Marsinah (Mas):

"Kami memang rasa berbesar hati di atas doa n sokongan yang ikhwah n akhawat berikan Allah saja yg balas. Tolong sampaikan salam kami n mohon ampun maaf dari semua, jika ada urusan suami saya yg x selesai denagn mereka, harap bagi tau, kamu cuba iA bantu eg hutang yg dia x lansaikan, jzakallah."

Ana bersama akh Tuan Yaacob sempat menziarahi akh Amir semalam sewaktu lunch hour di kediaman mereka, keadaanya agak sukar dgn bantuan oksigen. Akh Amir telah mendapat cancer synovial sarcoma bermula dengan ketumbuhan pada lengan kanan beliau sejak 2002 lagi iaitu sewaktu ini beliau menjadi bos TNB di Kedah. Kini, sudah merebak ke paru2 beliau.

Akh Amir pernah bersama2 kami dalam JK JIM TTwangsa sebagai TYDP JIM TTwangsa pada mula2 JIM ditubuhkan. semasa itu antara sahabat2 seangkatan ialah akh Zahir (YDP), Jusni (Setiausaha) , Tuan Yaacob (Bendahari), Bakar, Munawer, Bad Latif, kak Robiah (maaf jika tertinggal nama)

Moga Allah meringankan kesakitan yg ditanggung sahabat kita ini dan beliau redha dengan ujian Allah ini. Ameen.

sekian, wassalam.

Salwani
Unlearn, learn and relearn



Tanpa disedari air mata pun turun...Pakcik..sabar ye...

Teringat pula tatkala majlis perkahwinan anak pakcik...

"Zahir!! Jom ambil gambar!!" bangun terus pakcik dari kerusi...digagahkan jua badan...Ketika itu pakcik baru sahaja menjalani pembedahan..Masih tidak pulih sepenuhnya. Ayah hanya diam di sepanjang perjalan pulang dari kenduri itu.Apabila tiba di rumah , "Semoga Amir tabah" kata ayah..Terus diam. Mak pun begitu. Aku sekadar memerhati...

Ayah dan pakcik memang sahabat baik, begitu juga mak dan makcik...Walaupun aku hanya setakat mengenali keluarga mereka, namun apa yang pasti ukhuwah yang cukup akrab yang wujud antara mak dan ayah dengan makcik dan pakcik sudah cukup untuk aku merasa hiba yang amat....

Bertambah lagi air mata, apabila terlintas di kepala, telah tiba masanya giliran kawan-kawan mak dan ayah...Mak dan ayah??? hmm...semoga kita semua bersedia menghadapi sebarang ujian dari-Nya....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails