Friday, July 23, 2010

waaAAhhh!! putih dan bersih,,=)

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku.
(sebahagian dari amanat terakhir Rasulullah s.a.w)

"Cu, nak ke mana tuh??" tanya atuk sambil mengerutkan dahi.

"Bosanlah dok umah je tok, sekali sekala perlu gakss kuar. Ambil angin. Tak taw nak buat ape lagi kat umah nih. Semua benda yang tok suroh semua da bwat. Kat umah ni bukannya ada TV ke, play station ke. Bosan taw tok." jawab cucunya selamba.

Padahal bukan lah apa sangat perkara yang dibuatnya. Sekadar angkat kain, sidai kain, lipat kain. kerja perempuan je! Da dasar suka melepak, memang melepak la kerja nya.

"Cuba Cu baca Quran tuh." cadang atok.

"Bukannya tak nak baca. Tak faham pape p0n bila baca Quran tuh." huh?? boleh pula si Cucu neh jawab macam tu...Atuk terus menggeleng.

"Baiklah, kalau macam tu Cu ambil bakul nih. Kuarkan semua arang-arang tuh dan ambil air kat perigi dekat ngan sungai tu! Sekarang!" tegas atuk.

Si Cucu yang nak keluar sangat ni tadi akur. Tertunduk kepalanya walaupun dalam hati itu...hanya Allah saja yang tahu. Betapa BENGANGnya dia....ish 3x. teruk betul..

Dengan lemah longlai Si Cucu pun ambillah air dari perigi itu. Jauh juga rasanya jarak antara perigi dan rumah mereka. Jauh macam padang bola rasanya. huhuhuh ~ pepandai jee
=)

"eip, mana air??" tanya atok.

"tadi ada lah tok.." bengang....

"Pergi cuba lagi. Atok nak tengok ada air dalam bakul ni nanti!!" nada mengajar..memang perlu diajar mereka yang kurang diajar ini.

Si cucu p0n cuba lagi..tapi kali ini dia berlarian ke perigi dan kembali ke rumah.Cubaan pertama, gagal. Kedua, gagal. Sampai ke berapa ntah....Malangnya...Tak dapat juga. Panjang akal juga rupanya si mamat itu. Dia naik pula motor atoknya. Sayang seribu kali sayang.

"Atok! Mana boleh ambil air pakai bakul neh! Pakai baldi tu je laaa!!." sambil tangan menuding ke arah baldi biru itu dan hidungnya?? Kembang kuncup sebab penat dan BENGANG...

"Haaa! tak boleh!!" boleh tahan juga garang atok neh...

"Cuba tengok apa dah jadi ngan bakul tuh?" tanya atok.

"Apa punya soalan da..." monolog si Cucu itu.

"Waaaahhhh.....putih dan bersih!! Dah boleh nampak warna asal rotan tuh lah tok..." terkejut rupanya...

"Hmmm, macam itulah. Sape kata klo kita baca Quran dan tak faham , tak guna?? Bakul tuh macam hati kita la...makin di bilas dengan air, makin bersihlah. Lagi kita banyak baca Quran lagi bersihlah hati kita neh.." terang atok dengan berhemah sekali.

"Walapun kita tak paham pe kita baca??" tergaru-garulah Si cucu yang musykil.

"Aah, walaupun tak paham! tapi klo paham mesti lagi baik. Sama macam klo Cu guna baldi tadi kan? Mesti da dapat kumpul air!" Atuk tersenyum panjang......

Jom baca Quran!=)

Cerita nih telah diubah-ubah sikit sebab tak berapa nak ingat. But the moral of the story is still the same. Amalkan membaca Al-Quran. yakinlah apa yang Allah suruh buat dan apa yang diamalkan oleh Rasulullah, memang ada hikmahnya. Tak perlu nak banyak soal. Tapi kalau panjang akal sikit, mahu menyoal-nyoal, carilah jawapan nya!! Semua ada. Ilmu Allah itukan luas?? Melainkan perkara-perkara ghaib yang diluar batasan akal manusia.

Kalau nak dibandingkan, betapa kuatnya iman para Nabi..memang superb!! Terfikir gaks.."Hebat betul keimanan Nabi Ibrahim, bila Allah suruh sembelih anak baginda, tanpa risau dan gusar disembelihnya Nabi Ismail! Kalau lah terjadi sekarang, memang gilalaaa si bapak itu." Tapi itulah Nabi Allah....Mantapkan???

Kita?? Macam-macam nak tanya. Bila dah taw jawapan pun masih tak amalkan..A simple thing..like AURAT?? Kenapa perlu tutup aurat?? Rasa macam kurang bijak sikitlaa kepada yang masih bertanya....Hm....kepada yang dah tahu??? Lu pikirlah senirik....Wallah'alam....

"Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatkanlah darjatku, berikanlah rezeki kepadaku, berikanlah hidayah kepadaku, 'afiatkanlah aku, dan maafkanlah ku..."
(bacaan ketika duduk antara dua sujud)

Ameeennn......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails