Saturday, April 9, 2011

Kecil saja. Tapi sangat berpengaruh.

Dah pukul 5! Maka bergegaslah sekelian manusia di CDR pharmacy mengendong beg masing-masing untuk segera sampai ke rumah.

=D the best thing at CDR......

But everything went wrong.....Kita hanya merancang, Allah yang menentukan......hmm....bajet cam nak sampai rumah sebelum 6 petang...Ujian....Kereta kancil comel itu demamm......Sian!! Temperature naik sampai ke paras yang dah tak boleh naik dah!

Panic...Terus sahaja aku membelok ke kiri. Masuk ke Masjid itu......

"Mak, temperature naik sangatttt!! Tkah stop kat masjid neh...Takutlaa nak drive. Tak bukak aircond p0n. Tkah nak pegi anta bengkel troslah lepas neh. Bley mak?"

"Tak payah lah k0t. Drive slowly. Takut kne tipu ngan tauke kat situ tuh. Jap,jap, meh mak tanya ayah"

Sementelah solat Asar....

"Tkah, dah tgk air? Try isi dalam radiator tuh..Cek ada bocor tak?" Ayah memberi arahan. Ikut jelaa. Nasib baik ada botol dalam kereta....

"Aaahhhlaaaa..bocor lah ayah" terus aku melaporkan.

Bersegeralah aku membawa kancil yang demam itu ke bengkel....

Manalah tak demam.....................................

Haaa...ini adalah 'water pumping pipe' ye....Ia berfungsi sebagai saluran yang membawa semula air dari enjin kereta ke radiator. Boleh dianalogikan sebagai arteri pulmonari, yang membawa darah deoxygenated kembali ke jantung. Pentingkan?

Kecil je lubang ni......Namun, gara-gara lubang itulah yang membuatkan kancilku demam!! Kebocoran.......

Kagum...Kereta pun macam badan kita juga..Kalau tak dijaga dengan baik ataupun akan tiba satu masa yang tidak diduga ia boleh memudharatkan.

Kalaulah tiba-tiba salur darah kita pecah (hemorrhage), banyak kebarangkalian akan berlaku. Paling mudah, bengkak.....Dalam kes keretaku ini, pendarahan yang melampau-lampau lah..Orang itu akan mengalami hypovolemic shock..........memang collapse.......

Kesimpulannya, jangan ambil mudah dengan kereta........Ia perlu dijaga macam kita jaga badan kita...=)

Tuesday, April 5, 2011

i'm S.W.E.A.T inggggg!

"Ayyyyaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!"

Kalau boleh nak je menjerit.Nasib baik jam dah menunjukkan jam 00:00 dan yang pentingnya aku dapat mengawal diri. Haisyyyy......Bengangggggg!

"Ayah esok nak bawa iron ke?" tanyaku. Sejak jam 8.30 malam lagi aku dan mak sibuk mengemas barang-barang ayah yang melambak itu. Hehh?? Cam tak ikhlas kan?? wawawawaw~ Ikhlas jee...=D i'm d contributing factor!

"Aah..tolong...Philips tak mau kenwood" jawab ayah...

Wokeh..aku akur...

"Haa...seb baek ingat. Kamera biru skalik ye. Charger jangan lupa!" ayah terus memberi arahan..

wokeh lagi...

"Kauthar, mana Sony?? asal tak de nehh?" aku sekadar berbisik. Risau! Dah lah cuaca kian panas sekarang. Nak kena cari barang pulak! selalu macam neh, bila masa diperlukan mesti tak de! Bila tak nak ada sokmo! Lantas, terus ku menghidupkan aircond. Macam-macam ayat dah dibaca.

GAGAL...Habisla kalau macam neh!!

"Call Mayyah la" aku memberi cadangan.

"Cuba cari kat rak kasut tuh. Mayyah rasa kat situ. Matila wehhh kalau tak jumpa" sungguh tidak membantu jawapan itu! =(

Kami hampir putus asa. "bagi tahu je lah ayah kak Tkah.."

"hmmmm..... rituh akak ingat nak sorokkan dari Umar main, akak de sorokkan. Tapi skang tak ingat langsung!!!" Arrrrggghhhhhhhhh!!!

Terpaksa kami libatkan mak......yelah dah pukul berapa dah neh......

Bukan sebab takut pada ayah........Nape yee??

Malu laaaa!!! DISORGANIZED!!!! ~wawawawawaaa~ ego kan?? mungkin perlu mengaplikasikan 5S di rumah ini. Perlu ada buku rekod keluar masuk barangan-barangan elektronik ini.....Aduyai~ Mayyah selaku penjaga khas pula tak de......kecewa........

"Eip korang kata nak charge kamera neh?? Tak charge pon lagi neh??" dihulurnya kamera SONY itu kepada aku.........................................................................................................................................................................................

Tergamam~ Mak dah tergolek-golek gelak kat bilik!!! haisyyyy~

Gerrrrrammmmmmmmmm kan? kan? kan?

P/S: Lain kali jangan nak buang masa cari. Tanya je teruss!! Da berpeluh-peluh dah nehhh~

Aku,Kauthar, mak, ayah gelak guling-gulinggg~ wawawawawawawa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails