Saturday, April 9, 2011

Kecil saja. Tapi sangat berpengaruh.

Dah pukul 5! Maka bergegaslah sekelian manusia di CDR pharmacy mengendong beg masing-masing untuk segera sampai ke rumah.

=D the best thing at CDR......

But everything went wrong.....Kita hanya merancang, Allah yang menentukan......hmm....bajet cam nak sampai rumah sebelum 6 petang...Ujian....Kereta kancil comel itu demamm......Sian!! Temperature naik sampai ke paras yang dah tak boleh naik dah!

Panic...Terus sahaja aku membelok ke kiri. Masuk ke Masjid itu......

"Mak, temperature naik sangatttt!! Tkah stop kat masjid neh...Takutlaa nak drive. Tak bukak aircond p0n. Tkah nak pegi anta bengkel troslah lepas neh. Bley mak?"

"Tak payah lah k0t. Drive slowly. Takut kne tipu ngan tauke kat situ tuh. Jap,jap, meh mak tanya ayah"

Sementelah solat Asar....

"Tkah, dah tgk air? Try isi dalam radiator tuh..Cek ada bocor tak?" Ayah memberi arahan. Ikut jelaa. Nasib baik ada botol dalam kereta....

"Aaahhhlaaaa..bocor lah ayah" terus aku melaporkan.

Bersegeralah aku membawa kancil yang demam itu ke bengkel....

Manalah tak demam.....................................

Haaa...ini adalah 'water pumping pipe' ye....Ia berfungsi sebagai saluran yang membawa semula air dari enjin kereta ke radiator. Boleh dianalogikan sebagai arteri pulmonari, yang membawa darah deoxygenated kembali ke jantung. Pentingkan?

Kecil je lubang ni......Namun, gara-gara lubang itulah yang membuatkan kancilku demam!! Kebocoran.......

Kagum...Kereta pun macam badan kita juga..Kalau tak dijaga dengan baik ataupun akan tiba satu masa yang tidak diduga ia boleh memudharatkan.

Kalaulah tiba-tiba salur darah kita pecah (hemorrhage), banyak kebarangkalian akan berlaku. Paling mudah, bengkak.....Dalam kes keretaku ini, pendarahan yang melampau-lampau lah..Orang itu akan mengalami hypovolemic shock..........memang collapse.......

Kesimpulannya, jangan ambil mudah dengan kereta........Ia perlu dijaga macam kita jaga badan kita...=)

2 comments:

  1. Siap ambil gambar lagi =)
    Dah boleh repair kereta sikit2 nih.

    ReplyDelete
  2. Salam..x sangka sama nama..hehe.. cantik la blog ni.. mmg kalo perempuan yg masuk bengkel, chances nk kena tipu mmg tinggi.

    *X sengaja jumpa blog ni mse ber-blogwalking..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails