Wednesday, May 23, 2012

Rafizi Ramli

Sebenarnya rumah saya ni tak ada astro. Tapi saya dan suami nak juga tengok debat ptptn antara saudara Rafizi Ramli dan YB KJ. Oleh itu kami pun pergilah menumpang astro awani rumah member. huhuhuhu..
Saya percaya rata-rata memang dah kenal sangat dengam YB dan mesti ramai yang tertanya-tanya siapa RR ni. RR nilah yang menjadi pencetus kemelut NFC sehingga menyebabkan Datuk Seri Shahrizat letak jawatan dari kabinet. Hebatkan?
Siapa RAFIZI RAMLI ni?


Lahir: 14 September 1977 (umur 35 tahun)

Tempat Lahir: Besut, Terengganu

Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)

Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan

Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy

Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik

LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003)

lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan
diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia

PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik

PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik
Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion

PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

Pharmaniaga Berhad (2009) -Pengurus Besar

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009 – )-Ketua Eksekutif
Lepas dengar debat semalam, rasa macam banyak betul benda yang saya tak tahu. Oleh itu perlulah mrncari info-info baru supaya apa yang disampaikan oleh mereka semalam dapat diperhalusi. Kemudian barulah mudah untuk membuat keputusan. insyaAllah...
jom study!!

Tuesday, May 22, 2012

setahun berlalu..

21  Mei 2012

Masih jelas di ingatan tatkala lafaz "Aku terima nikahnya 'Atikah bt Zahir...". Setiap kali teringat saat itu.. Alhamdulillah. Beliau masih di sisiku......

Macam tak percaya je..cukup setahun kami bersama. Alhamdulillah. Aku rasa cukup bertuah untuk dapat hidup bersama suamiku. Terima kasih Allah. Semoga beliau pun turut merasakan perkara yang sama……

Betul. Perkahwinan ini satu perkongsian yang penuh dengan tanggungjawab. Perkahwinan mestilah diiringi dengan matlamat yang satu…Apa yang dikejarkan? MARDHATILLAH…..Memang betul sangat. Aku perlukan suamiku untuk mendapat keredhaan Allah. Begitu juga dengan beliau. Aku diperlukan.Alhamdulillah.

“Baru setahun jagung!” haah..betul.. Jika diizinkan Allah, jauh lagi perjalanan kami. Banyak lagi cabaran, dugaan, cubaan, ujian yang bakal ditempuh. Semoga kami sama-sama tabah untuk menghadapinya.

Setahun masih belum cukup untuk melabel aku ‘Isteri solehah’ dan rasanya sampai bila-bila pun masih belum boleh dilabel begitu. Tapi apa yang aku tahu….”Apabila seorang suami itu meredhai isterinya, pilihlah mana-mana pintu syurga yang dikehendaki, InsyaAllah tiada yang akan menolak”…

Abang..Redhakanlah sayang…….

Bertambah lagi kegembiraan kami dengan kehadiran buah hati kami. Mus’ab Mohd Taufik. Bertambahlah tanggungjawab kami. Kalau berfikir panjang. Memang takut untuk aku tempuh masa depan. Tapi, dengan kehadiran suami di sisi, InsyaAllah..Mus’ab akan menjadi pelaburan kami yang sangat bermakna. InsyaAllah..

Apa yang penting sekarang. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kami dan semoga setiap detik sayang di sisi abang akan diiringi dengan pahala dari Allah sw.t. Ameennn…

Semoga kita bertemu lagi di syurga nanti. Terima kasih Allah kerana pinjamkan saya Mohd Taufik Abdullah! =) Alhamdulillah…

Saturday, May 19, 2012

Mus'ab dan MUNTAH

Alhamdulillah.. today is Mus'ab's 53rd day...eh haahla.. it is not 2 months yet...but he is more than 5 kilos! He is sleeping soundly for the moment!! huhuhuhu~ sempatla ummi membebel jap kat blog yang dah lama kusam-musam ni..

 After 53 days became a mother... I knew there are more challenges awaitings..but..I am happy! be optimist! =)) Walaupun pernah satu masa..Mus'ab menangis tak henti-henti..sampai Ummi dia pun nangis sama...wawawawa...Yela.. baru beberapa hari jadi mak..sikit-sikit call angah ke mak ke ..tanya itu dan ini.. terlalu banyak persoalan..too much experiments to be done! kesian betul Mus'ab..sokmo jadi spesimen..

Sekarang Mus'ab salalu muntah..lepas menyusu je mesti muntah..walaupun dah burp...kekadang tu sampai terpancut-pancut..euwwwwwww! apelah Mus'ab ni...=p Sibuklah saya meng'google' pasal benda ni..mmg normal rupanya.. reflux...this is due to some reasons. The reasons could be as below:
 1)The muscular valve at the end of the food pipe, which acts to keep food in the tummy, hasn't developed properly yet. (in severe case..the baby will have poor feeding! Alhamdulillah.. Mus'ab ni sokmo la nak mwnyusu waima selepas muntah pun)
2)over feeding...klo dah terlebih-lebih susu memang tak sedar pun baby kita dah minum banyak ke tidak...

Benda ni sebenarnya normal je..As long as he grew accordingly...Mus'ab sebulan dulu memang naik satu kg..bagos! mengikut skala yang ditetapkan.. mintak-mintaklah tmbh lagi sekilo bila next check up..insyaAllah...
Mus'ab dengan bear tok su bagi...Yeay!! Mus'ab lebih besar dari bear itu..=))

Comeykan?? Alhamdulillah.. semoga menjadi anak yang soleh.. tolong doakan Ummi dan Ayah all the time yee...
 Nasib baik comel.. kalau tak mesti Ummi lagi kesian tengok Mus'ab muntah-muntah... Disebabkan selalu sangat muntah..saya rasa satu kerugian pula...susuku sangat berharga..wawawawa..Oleh itu satu inisiatif telah diambil...(sebenarnya atas nasihat seorang member yang turut mengalami situasi yang sama) LIMITKAN tp KERAPKAN penyusuan...dulu saya biarkan saja Mus'ab minum sampai dia sendiri yang berhenti..tapi sekarang saya hanya benarkan dia menyusu 5 minit sahaja..kemudian burpkan..Kalau dia minta lagi..baru bagi...Alhamdulillah...kurang sikit kerugian yang dialami.. huhuhuhuhu~ 

Baiklah..cukup setakat ini....Mus'ab da bising...Assalamu'alaikum...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails