Tuesday, September 8, 2009

Redhakanlah,,,,,,


Astaghfirullahal’azim,,,,Geramnya!!!! Bentakku mengikut perasaan. Kenapa namaku masih lagi di Hospital Serdang sedangkan Prof telah pun memberi lampu hijau kepadaku untuk ke Hospital Selayang. Prof telepas pandang agaknya. Tidak pun, Prof tidak berhajat untuk menunjukkan senarai itu pada hari ini. Namun atas desakan rakan-rakan Prof turutkan sahaja.

Risau menyelubungi. Pesan emak, “ temankanlah Sumayyah di rumah setelah Mundzir pergi nanti” aku sekadar mengangguk . Setuju agaknya. Walaupun pernah terlintas di hati yang “hei,,,mengada-ngada betol!! Nak buat special request plaks!!” aku sendiri pernah terfikir impaknya.

Lantas aku berjumpa Prof sejurus selepas senarai nama itu ditunjukkan.Gundah gulana dibuatnya. Sudah pasti rakan-rakan akan menyedari yang aku memohon agar aku ditukarkan ke hospital lain!

Setelah berbincang bersama Prof, Prof pun menukar namaku dengan rakanku yang mendapat Hospital Selayang. Alhamdulillah,,lega rasanya.

Kemudian setelah dilihat semula senarai nama itu, nama Fatimah tersenarai dalam pelajar yang akan ke hospital Serdang. “Bersalah lah pulak,,,,,,,” Bingung…….Walaupun Prof berkali-kali menyatakan tak pe, hatiku tetap diselubungi rasa bersalah.Tak tahula perlu ke tidak rasa bersalah,,,,

Aku mula pasrah akan keputusan prof pada awalnya yang meletakkan ku di Hospital Serdang. Tidak tahu kenapa semua orang berasa iri hati dengan mereka yang mendapat Hospital Selayang. Apa istimewanya hospital ini?? Sedangkan dahulu ketika di hospital itu, biasa je, sama macam hospital lain,,,

Tiba-tiba, satu SMS diterima “tkah, Hospital Ampang pun dekat je, lbey kuang pg Selayang” aku pun apa lagi, terus mencari rakan-rakan yang mendapat Hospital Ampang. Keliru juga, mengapa lah susah sangat mereka ingin menukar tempat sedangkan mereka semua tidak perlu berulang alik ke rumah!!

‘Atikah, semua orang ada alasan tersendiri. Jangan nak bising pula!!!

Akhirnya, cubaan terakhir. Kak Zu lah si penyelamat. Terima kasih Kak Zu!! Jasamu kan ku kenang!!!Aku Berjaya mendapat tempat di Hospital Ampang yang hanya 30 min jaraknya dari rumah. Terima kasih!!

Mesti ada hikmahnya atas semua yang telah ditetapkan. Aku baru tahu kenapa semua orang teringin sangat ke Selayang. Rupa-rupanya hanya beberapa hospital sahaja yang mempunyai kemudahan-kemudahan untuk CDR, TPN dan TDM. Patutlah,,,,

Tapi, bagi aku segalanya bergantung kepada kita. Kalau hendak belajar, dimana-mana pun boleh belajar. Tidak kiralah di hospital mana pun. Sudah pastinya kita semua akan dapat pengalaman dan ilmu yang berbeza. Oleh itu, redhakanlah dengan apa yang kita dapat. Semoga ‘attachment’ kali ini memberi manfaat kepada semua. Penting sekali, bertukar-tukar cerita kelak!!

InsyaAllah,,,,

4 comments:

  1. Q: Knape Prof terlupe tukar name ko?
    A: Sebab dah tertulis ko kene berusaha.. Skrg da dapat kan?

    Q: Knape agaknye ditakdirkan ko kene susah payah pk?
    A: Sebab nanti ko akan lebih menghargai Hospital Ampang tu.. Tak semudah memetik jari baru ko dapat attach kat situ..

    Q: Camne kalo ko tak dapat tukar hospital tu?
    A: Time tu la redha tu leh di-implementkan..

    Redha tu tak semudah terime ape je yang kiter terime.. Kene gak berusaha dulu kalau taknak.. Lepas tu baru redha datang mengintai..

    Hehehe.. saje merepek2 pagi2 bute.. Ngantok!!

    Tahniah kerane berjaye mengurangkan satu lagi beban ntok ko fikir hari2.. ^_^

    Selamat menyambut 10 terakhir Ramadhan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....legalah tu.Tak nak tuka ngan akak ke???hihihi

    ReplyDelete
  3. atikah..

    mg patut pon kamu rasa bersalah..semua yg ditentukn-NYA ada hikmahnya..tapi pada masa yang sama kita blh berusaha mengubahnya..dengan izin-NYA...insyaALLAH...

    redhala dengan apa yg diberikan-NYA..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails