Friday, November 27, 2009

mak Arab bertanya,,

It was raining,,,adusy,,,my brain seem not working anymore!!!It had been a long time for me to make my muscle move tremendously since I went home,,plus hujan je,,,

Akhirnya,,,in a bright sunny evening,,,kak Yusra, Kauthar, Sumayyah and me,,,,KLCC!!!

Sumayyah ber'taichi' kah??


Euwww!!! Whose??? kotor gler!!!


Konon cam tinggi,,,wawawwa


Bape round dah??? cam x pnat je,,,=p


Me and Kak Yus,,,


cube teka,,,what is the name of the building??




how strong u are?? Who want to challenge me???


merepeks,,,


Kak Yus and Mayyah,,,

haa,,,,after about 25 minutes jogged, jumped,photoshoot,,,

"Assalamualaikum,,"
"Waalaikummussalam"

"haza masjid solatul eid??" She asked,,

"huh??" we looked each other,,tried to digest what she asked,,

"Na'am,,na'am!!" Kauthar and Sumayyah answered confidently,,,aku masih tercengang,,,

o0o0o0o,,,,,solat raya aidil adha,,,,pastu die tanye lg,,,

"pukul bapekah???",,x ingat la ckp arab ape,,,
yang pastinya Kauthar dan Sumayyah,,,the Arabic scorers!!!answered everything,,,

h0h0h0h0,,,

"Kak tkah ngan Kak Yusra neh jawab salam je kuat!!! pastuh maen blah je!!" rengus Kauthar,,,

wawawawawa,,,,,,,

setakat Na'am tuh bolehlaaaaaaaaa,,,,,,,,,,,,,=p


thank you Allah,,,yeah!! akhirnya dapat mengeluarkan peluh,,=)

Marilah kita amalkan,,3 kali seminggu,,at least 20 minutes per session!!
Badan kita amanah Allah,,,

Monday, November 23, 2009

btol ke ak neh????


"Allahuakbar!!" dengan semangat,,,panji Islam ditegakkan,, Saidina Ali b Abi Talib,,,Ikhlas berjuang demi Allah dan rasul,,

Perang Al-Ahzab,,,

10000 angkatan perang Yahudi dan Musyrikin Mekah bersiap sedia dalam mememerangi Islam walaupun Perjanjian perdamaian telah pun termeterai,,tapi atas kuasa Yang MAHA Esa,,Islam tetap kukuh!!

Setiap kali tikaman dibuat,,,,Lillahitaala,,,Betapa tingginya iman para sahabat,,,Sehinggakan,,,ketika semangat juang menbuak-buak,,,dengan biadabnya seorang musyrikin meludah tepat ke muka Ali,,,

Ali tersentak,,merah menyala muka,,menahan nafsu amarah,,,
Namun tindakannya terhenti,,,

"Mengapa kau tidak membunuh aku??" tanya musyrikin itu kehairanan,,

"Aku akan lakukannya hanya kerana kau adalah musuh Allah dan Rasul,,bukannya kerana nafsu amarahku"


hebatkan???????

Walaupun sering kali terlintas,, lillahitaala,,tapi betul ke?????? Terfikir sejenak tatkala kisah Al-Ahzab di baca,,,

Kalau kita????Astaghfirullahal'azim,,,

study???
sebab nak lulus exam!!
keje nanti dapat gaji banyak!!

berkawan??
nak tumpang kete!!
nak tumpang nota!!
nak tambah friend list kat FB!!
nak tumpang populariti!!??? mungkin,,,,

adusy,,,
banyaknya tersasar,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
camne neh???


Sunday, November 22, 2009

HAPPY BIRTHDAY KAK YUSRA!!

"kak yusra nihkan,,ntah pape ntah!!" bentakku di hadapan tuan punya badan,,,walaupun tahu tindakan itu akan mengundang padah,,,Ekspresi mukanya sudah cukup membuktikan kemarahannya,,,lantas dia diam tidak bersuara,,

Itulah kakandaku Yusra,,,'kesenangan',,jika dia diam,,sudah menunjukkan kemarahannya memuncak,,,dan juga membuktikan kesabarannya di tahap maksima,,,

oleh itu,,, BETTER silence!!!

namun,, disebalik itu,,

"wokeh,,akak sponsor sket!" mudah betul beliau untuk menderma kepada adik-adiknya,,,
Yeay!!! Mungkin kerana itulah beliau seringkali menjadi kakak kesayangan Mundzir!!!

wawawawwawaw,,,,,(hanya menjadi kesayangan tatkala kesusahan) =p
beliau jugalah yang sering membetulkan keadaan,,,tersasar dari landasan,,,,Thanks Yusra!!!

Apa-apa pun,,,saya sayang kamu,,,,susah senang kita bersama,,,InsyaAllah,,,


Selamat hari Jadi kakandaku,,,,
Mohon maaf atas segala keterlanjuran,,,

Air yang dicincang tidak akan putus!!!

Hope your last 24 years will make you BETTER in the future!!!
Yusra Zahir
22 Nov 1984
Manchester United
Sek Keb Tmn Permata
Sek Ren Keb Tmn Permata
Sek Men Keb Lembah Keramat II
Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah
Maktab rendah sains MARA Serting
Fakulti Pergigian & Pembedahan, Universiti MALAYA
Klinik Kesihatan Tapah

Kenang daku dalam doamu,,,,




Saturday, November 21, 2009

Bukan sekadar Nasi Ayam!!


Setelah seminggu cuti,,,hidup bertemankan Sumayyah dirumah,,memang mengundang KEMALASAN untuk memasak hanya untuk kami berdua,,,,

Sorry mayyah!!Adusy,,,,,

Tambahan pula kehabisan segala stok runcitan di rumah,,,(hohoho,,alasan!!),,Sumayyah pula sibuk dengan urusan perniagaan di alam maya,,,Kabinet simpanan makan dan peti sejuk sering kali dibuka dengan harapan ada simpanan yang berguna,,,=)

"Jom pegi Carrefour malam neh!?"

Yeay!! Let's go!!
Jenuh memujuk adikku yang bertuah ini,,,,

"Aahla da lama da x kuar ngan korg",,,taw x pe,,,

Akhirnya,,,

Chicken Rice ShOp!!,,,Bukan Sekadar Nasi Ayam,,,,


Chicken Rice!! Bolehlaa,,,

Kebetulan pula di sebelah kami terdapat sebuah keluarga yang sedang asyik menjamah makanan. Namun, kelihatan salah seorang daripada anak mereka sedang bermain seorang diri di sebelah ayahnya tanpa menghiraukan yang lain. "Kakak makan neh" hulur ayahnya sesuap nasi terhadap 'kakak'. Kakak sekadar membuka mulut dan terus bermain seorang diri.
"Autisme kot" aku bermonolog,,,


"Kak tkah Autisme tukan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,"

Ya Allah,,Dr nih,,it was so obvious!! Maaf lah Dr oit,,tak dengar pun apa persoalannya,,,,

Segera ditukar topik perbualan ketika itu,,,Adusy,,,,Semoga mereka di sebelah leka dengan hidangan,,,

Mohon maaf atas keterlanjuran,,,Kekadang kita tak berapa peka akan sekeliling kita,,,Segalanya kebetulan,,,kebetulan kauthar ingin berkongsi cerita tentang pesakitnya di hospital yang mengidap Autisme,,,kebetulan la pula,,,,,

haa,,,sebelum neh la Kauthar 'ter'cakap,,,wawawa,,,


Inilah serba sedikit perkongsian mengenai Autism,,,Kauthar bacalah!!

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

  • Tidak suka bersosial.

  • Pendengaran tidak normal.

  • Mengelak daripada bertentang mata.

  • Gangguan pertuturan.

  • Corak kelakuan yang berulang.

  • Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan. Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.

Sumayyah! Cheeezzzzzzzzzz!!

Jika tidak salah diagnose,,betullah 'kakak' tadi mengalami Autism,,,
Apa yang mengagumkan adalah kedua ibu dan ayah tadi,,,Tahniah!!! Sudah pastinya mencabar kesabaran,,,,Chicken Rice Shop,,,,terima kasih,,,,Jauh perjalanan luas pandangan,,,

Friday, November 20, 2009

Adikku dan FACEBOOK!!

Sumayyah!!!!!!!!

"Apa nak jadi neh" pening mak setiap kali memikirkan tentang 'the sleeping princess',,,Kehebatannya dalam tidak sedarkan diri selama beberapa jam tanpa memgalami sebarang 'side effects' sangat mengagumkan,,,namun cukup merunsingkan seluruh warga keluarga Zahir ini,,,

Namun di suatu pagi,,,,
Dia gegas bangun di awal pagi,,walaupun mungkin boleh dikira lambat buat orang lain,,tapi cukup awal buat rekod dirinya,,,,membuatkan saya terkejut,,,adakah perlu saya untuk sujud syukur??? =p

Laptop segera di hidupkan,,,
"Mayah kena hidang makanan sekarang!! da lambat da neh,,,Habesla,,,rugi!!" bentak beliau,,,

LLloooooooooo,,,ptotla,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

=) bagus juga ada FACEBOOK cafe world!! Sumayyah meneruskan hari tersebut dengan cemerlang,,,basuh baju,,sidai baju,,mandikan umar,,,kemas rumah,,,dan lain-lain,,,

thank you mayyah!!
dan tidak lupa buat FACEBOOK,,,

prune cake!!!


PRUNE CAKE lazat,,,,=)

bahan2:
275 g seedless prune (sunsweet-1 peket)
2 cwn air
2 cwn tpg
2 sdt Na2Co3
1 1/2 cwn gula halus
4 bj telur
1/2 sdt esen vanila
2 sdb serbuk koko
250g butter (1 buku)
1 sdb susu pekat

cara2:

  1. memula rebus prune dgn j2 cwn air smpi agak2 tggl 1 cwn je air rebusan,,,
  2. masukkan Na2Co3 dalam air rebusan,,,
  3. tepung n serbuk koko ayakkan,,,
  4. asingkan putih n kuning telur,,,
  5. butter+gula+kuning telur pukul sampai kembang,,,
  6. putih telur punpukul sampai kembang,,,
  7. campurkan satu-satu(1),(2),(3),(4) ke dalam (5)
  8. jangan lupakan susu pekat,,,
  9. Bakar 200oC selama t45 min,,
  10. SIAP!!!
selamat mencuba!!!

Tuesday, November 17, 2009

These,,meaningfull DOTSSSS,,,,,,,,,

It was all started,,,some day in 1992,,,,i was not like everyone else who used to be at least 2 years in their kindergarden,,,After a few times persuading sessions to my beloved parents,,then,,YES!! I am going to school!!!! Even though it was just for a few months,,,Thanx mak,,,

My first day was,,,AWESOME!!!Hmmm,,,how exciting i was,,i was accompanied by my neighbours to school,,i remembered waving to my mom on that 1st day,,,,BEST gler kot pg tadika!!!Heeeeeee,,,,,,

"Cikgu, 'Atikah x pakai stokin!" Aduyai,,,lawakss,,,i've forgotten to wear my socks back after taking wudu' for the Dhuha prayer,,Solat without fully covered!! hohohooh,,,,,

"Atikah!!" with all the sudden,,both Atikahs will turned,,that's normal,,,tu laaa,,sape suruh curi nama orang!!!=) 'Atikah Jamilin & 'Atikah Zahir,,Then we have to changed our status to AJ & AZ!!Miss ya soooo much!!!

Could not remember,,,,except,,,AJ & Masy,,,,Comel kan???

1993,,,,1 Zamrud,,,,Pn Salmah,,,
There was a little boy name ****. His mother always waited for him outside all the time!!!"nape mak die x blek2 ye??" we were all asking the same question,,,
One day,,,all the teachers were having a meeting,,,then as usual,,,someone need to incharge of the class,,,

"Sape bising je,,,saya tulis name!!" lawaks,,,,,,,,,,,,wawawaw
Suddenly,,this boy who always be under his mother armpit,,,"Ultraman Attack!!" he shouted,,"Ultraman wujud kat dunia neh,," He continued,,,,

"Mana adalaaaaa" everyone disagreed with him,,

"Adala,,,,hari tu saya nampak dalam alamari tuh!!" He insisted,,,,wawawawaw,,,,lawakssss,,,

Then, Zhariff,,"haaa,,klo btol sgt,, msokla dalam almari tuh,,tngok ada x Ultraman??"

Pantang di cabar,,,,

"tolong3XX!!!" hahahahah,,,he was being locked in that cupboard!!,,"MuMMy,,,they locked me there!!!"

Adusy,,,,,it was terrible,,,,then came the scene of mother-teacher SmACkDown!!!

Its lucky for all of us,,,we were united!!! All of us did not like him very much!!!

Mission accomplished!! He moved away with his 'Datin' mother,,,,

Wawawa,,,dear **** sorry for everything!!!
trok btol,, baru darjah satu pon da pndy nak kurung2 kwn,,,,,




2 Intan,,,
This was when,,,only 'Good' & 'Brilliant' people were gathered!!!
Intanians,,,,
Sitting on tar : farah Izyan, Intan, Jue, Fizah, Istina, Aimi,
Sitting on chairs : Nadia, dek naa, weyda, Nurin, nadiah, cikgu, cikgu rokiah, me!!, Helmi, Amat, Imran, Safwan
Standing 1st line : C'pah, (,,,,,,,,), (,,,,,,,,), Lydia, faizal, ZAf, Salihin,Faridz
Standing 2nd line : Syutat, Dzil, Farah dilla, Fatimah, Fana, U, Dayat, (,,,,,,,,,,), Faiz, Hirzi, DON, Fazrul,,,,(,,,,,,,,,,) = x ingt name!!! sorry,,,,


Ketiadaan Nadiah akan membenarkan saya untuk menjerit & memberi arahan " Bangun semue!!" kemudian,,,pada suatu hari "Pekak Telinga!!" sambung cikgu Rokcy,,,,,,
Kuat sangatkah????(x perlu tanya kot,,,,,sian cikgu=p)


Haa,,,,1995,,,the beginning of my career as the story teller,,,,thanks to teacher Adeda, cikgu Zaharah, Teacher Asmah, Cikgu Zainab,,,,they keep on calling me 'Awang' till today if i met them anywhere,,,

someday in 2001,,,"Eh,,Awang nape x besar2 neh???" Adusy,,,,cikgu zaharah neh,,,,

The best part was when i won the 2nd place in the state level story telling competition,,,,we presented in PKNS publicly,,,,Thanks ayah!!!
Next post will be "Awang Si naga" wawawawawaw,,,,,,,,,,




Cikgu Maizurah!! our favaurite teacher!!! we were so closed with her,,
'WE' is referring to : Me, cpah, fatim, Nad, Nurin n Ju,,we are the 6 ,,,,,,BRains,,,,,wwawawawaw,,perasan!!!!

On Cikgu maizurah last day at that school,,,we were all crying like the End of the world!!!!!!lawaks,,,padahal boleh je contact lagi,,,,she was moving the Perak as she was marrying with a Perak guy,,,How are you cikgu???? Miss you a lot!!!!


Darjah 5???Nothing special,,,
tp,,,btolla gals mature faster than the boys,,,
One beautiful evening,,,,we were playing netball at Masyitah's house,,,remember???
"Ring,,ring,,,riing" Masy,, phone call!!!

"Hello bley saya bercakap dengan cik mayitah??" asked aguy who was on the line,,,
"sape neh??" Masy came outside to us,,," nape korg maen x ajak ktrg??" we were getting 'bingunger',,,lucu btolla,,,=)

memang sah,,,laki2 kurang matang,,,,,perempuan pon same je!! sampai je kat sekolah esok harinya,,,
"Ustaz,,,bdk laki kaco ktrg ustaz,,," kata salah seorang budak perempuan dalam gambar di atas,,

Adusy!!! Laungan 'Never trust Boys!!' berkumandang tatkala ustaz berkata-kata memberi nasihat di hadapan kelas,,, (bak kate kauthar)

Mulai saat itu,,,terbentuklah kelab NTB dengan POYO nya,,,lawaks,,,
Pengerusi: Masyitah kot,,
Timb pengerusi : Nadiah kot,,,,,
S/U : C'pah kot,,,wawawaw,,,

kesimpulannya, both girls & boys,,,Not matured yet!!!!


1998,,,UPSR,,and last year as the primary students,,, I used my time wisely,,,even though we always fought among ourselves,,,but that was the thing that made me became 'ME' today,,,thanks everyone,,,

What so special about Cikgu zalina???Believe it or not,,,She was Along, Angah, Kak Yusra, mine, Kauthar, Mundzir & Sumayyah class teacher in standard 6!!!! She taught everyone of us,,,,especially in Math,,,,It was lucky for us as she does not like to compare among ourselves,,,if not,,,, habesla,,,,,,

Last day at Sekolah Kebangsaan Taman Permata,,same day as the UPSR results were announced,,,Yeah!!Congratulatioms to all!!!


1999,,,,
"tkah,, awak x dapat la SMKLK II,,,awak dpt SMKLK I,,," repot cikgu zalina,,,

Hmmm,,,,I really dont mind with that,,,,but

"HUH??? btol ke tkah??" Mak was worring,,,"Sekolah tu kan sekolah paling jahat dalam Daerah neh,,,da la x de Arab,,,nak tukar ke??"

Adusy,,,'sekolah paling jahat??' Apakah maksudnya???

tapi memang kerisauan mak memang berasas,,,,SMK Lembah Keramat memang pernah mencatatkan sejarah dalam bab-bab peliks ini,,,Did you watch the first 'Kes Juvana' on Tv3??
Proudly,,,the case was from my beloved school!!!
h0h0h0,,,,

But Alhamdulillah,,,,3 years at SMKLK,,,,were really made me a better person today,,,,Berkat doa mak n ayah,,,,


1999-1Amanah

form 2,,,,,Emy,,Sheda,,Faz,,Syirah,,,hohoho,,,,,
Umah sheda yang salu jadi mangsa!!!!Sorryyy auntie,,,we messed up your beautiful kitchen!!
konon nak study,,,,hohoho,,,
2000-2Amanah
3Amanah-2001
Time goes so fast,,,it seems likr we were just registered yesterday,,,,,,,

When a friend is in trouble, don't annoy him by asking if there is anything you can do. Think up something appropriate and do it.
Edgar Watson Howe
thanks friends,,,,
SAMURA here I come!!!
This school changed me a lot!!!
Excellent in studies does not mean that you are excellent enough to face the real torturing world instead,,,
First test,,,,ranking no: wawaaAAAAA,,,,,sabar jelaaa,,,,competition??!!! Ya Allah,,,hebatnya mereka,,,,
SAMURA??? banyak sgt cter,,,,,next tyme la,,,,,,,,,,,,,,,wawawawawaw


Cerdikerzz,,,,d great!!!~~

5 Cekap!!!
last day at SAMURA was,,,,,,,Tears dropping on my guitar,,,,,wawawawa,,,

Don't walk in front of me, I may not follow; Don't walk behind me, I may not lead; Walk beside me, and just be my friend.
Albert Camus

thanks to all!!! for being such a good friends,,,,

Sunday, November 15, 2009

tetamuMU

Walaupun telah beberapa tahun hidup berjauhan dengan ayah dan emak, aku redha akan ketetapan ini kerana itulah yang terbaik buat kami.

Aku percaya akan janji Allah,

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannnya. (Mereka berdoa)”Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Kau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Allah janganlah Kau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang-orang sebelum kami .Ya Tuhan kami janganlah Kau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami pikulkan. Maafkanlah kami, Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap mereka yang kafir”[Al-Baqarah:286]


Terima kasih atas segala ujian ini. Ini adalah yang terbaik untuk kami semua!!! Yeah!!! Yakinkan diri,,,walaupun kekadang tersasar dari landasan,,Astaghfirullahal’azimm,,, Ampunkan segala dosa-dosa hambaMu ini,,,,Aduyai,,,,

“InsyaAllah mak ngan ayah dapat pegi haji tahun ini” kata emak lembut.

“Huh???Betul ke mak??” Aku seakan tidak percaya apa yang telah ku dengar tadi.

“Hmm,,, kalau mak pergi,,bilakah??”

“itu tak sure lagi,,,tapi most probably a week before 27 la kot,,,sebelum raya haji”sambut emak.

Aku sendiri tak pasti ape sebenarnya perasaan ku ketika itu. Namun dari raut wajah dan reaksi aku, yang pastinya hati ini sayu tatkala mendengar kata-kata emak sebentar tadi. Entahla tak taw mengapa. Sayu kerana ibu dan ayahku bakal menjadi tetamu Yang Maha segalanya atau pun sayu kerana bakal ditinggalkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,.

Bermacam-macam perkara terlintas. Astaghfirullahal’azim,,,Banyak pula yang negatif dari positif!!

Namun, setelah beberapa ketika setelah mendengar perkhabaran dari emak.

“Alhamdulillah, akhirnya mak kan?? Dapat jadi tetamu Allah” aku tangkas menjawab walaupun terhentak seketika.

“Betul-betul!!”

Pastinya emak dan ayah pasti teruja dengan ‘jenputan’ Allah buat kali ini setelah berkali-kali merancang tetapi tidak berhasil. Alhamdulillah,,Rezeqi minnallah.

Sekarang mesti mak dan ayah sedang bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk menjadi ‘tetamuNYA yang terbaik’. Betul,,,Alangkah malangnya diri ini jika tidak dapat menggunakan peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya.Peluang yang bukan sekadar untuk memenuhi rukun Islam ke5.

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan buat emak dan ayahku agar mereka mendapat haji yang mabrur!!

Emak , ayah,,,tahniah!!

Sekadar ingin berkongsi

Setiap kita memang ada peluang untuk menjadi TETAMU Allah =). It is all up to us!!Kita nak ke x?? Kalau nak,,kita nak jadi TETAMU Dia yang macamana???

Hmm,,,hari-hari patutnya 5 kali kita ‘officially’ jadi tetamu DIA taw!! 5 kali Allah jemput,,dengarkan hari-hari??? Yang laki lagi best,,for sure Allah suka kalau dapat pergi jenguk rumah Dia yang berlambak-lambak skang nih,,, Senang je kan???

Yang keduanya,,,Kalau ada rezeki lebih, nanti Allah jemput kita pergi Mekah,,,sambut Raya Haji beramai-ramai di MasjidilHaram,,,InsyaAllah,,, de rezeki nanti dapatlah,,,,

Yang ketiganya,,,dan yang ini semua orang mesti dapat,,,Kita semua akan dapat jadi TETAMU Dia,,,pergi dari dunia ini,,,lagipun memang dari Dia pun kita datangkan??kan??

Alangkah bestnya kalau kita semua dapat gunakan semua peluang yang ALLAH bagi ini dengan baik,,,,,,,,,,,supaya bila tiba masanya kita ‘confirm’ jadi tetamu Allah nanti kita semua dah ready,,,,,,,,,,,bestnyeeeeeeeee=)

Tuesday, November 10, 2009

NUR FATIMAH MILIK ALLAH

Perkongsian cerita Kak Khadijah ,,,semoga kekal tabah,,,,Ameen,,,
Terima kasih atas penulisan ini,,,semoga memberi pengajaran buat kita semua,,,

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Surah at-Taghaabun : 11

“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”

Muslim 2/233

“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

“ Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, “ Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?”

Ahmad dan an-Nasa’i. Sanad sesuai syarat as-shahih serta ditashihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Fathul-Bari : 11/243

Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith inilah yang sentiasa membantu kami tenang sepanjang tempoh Nur Fatimah di ICU dan melihat sendiri puteri kami berhenti bernafas.. Ibu ayah mana yang tidak sayangkan anaknya dan sedih melihat penderitaan kesakitan anaknya, namun janji-janji Allah yang sentiasa mendamaikan dan membantu kami tabah dan redha.. Syukur pada Allah yang memberikan kami kekuatan, ketabahan dan redha dengan segala yang berlaku..Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kami..

PENGHARGAAN BUAT KELUARGA DAN SAHABAT

Kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaum keluarga, mak, mama, baba, abang2, kakak2, adik2, sanak saudara dekat dan jauh serta sahabat-sahabat dekat dan jauh atas segala bentuk sokongan, doa dan ziarah dari awal Nur Fatimah dimasukkan ke wad kanak-kanak, ICU dan sepanjang jenazahnya di Masjid UPM dan dikebumikan. Kami amat menghargai segala susah payah mak, mama, baba dan adik-beradik yang bersama-sama menjaga Nur Fatimah, mengalunkan bacaan Al-Quran untuknya, berulang dari Johor dan Pulau Pinang yang bukannya dekat untuk memberi sokongan, menjaga dan mendoakan Nur Fatimah, juga sanak saudara yang tidak putus-putus berziarah, membawa makanan kepada kami, membantu urusan jenazah dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak mampu kami balasnya melainkan Allah sebaik2 Pemberi Balasan..

Kami juga sangat terharu dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan, datang berziarah, menelefon, SMS, memberi sokongan material dan emosi sehinggalah ke hari ini. Sukar untuk kami menyebutkan satu persatu nama sahabat kerana bimbang ada yang tertinggal, cukuplah nama sahabat2 semua berada dalam hati kami dan Allah akan membalasnya.

Begitu juga ucapan terima kasih buat pengurusan Hospital Putrajaya, Doktor-Doktor Pakar di Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, PPUM dan nurse yang sentiasa sabar dan berdedikasi dalam kerjaya dan membantu sepanjang merawat anak kami.

HARI-HARI YANG MENDEBARKAN

Sukar untuk saya mengingat kembali detik-detik penuh cemas dan mendebarkan, kerana pasti saya akan terbayang-bayangkan nya. Setiap kali sahabat dan sanak saudara bertanya tentang punca dan kejadian semasa berlaku dan pertanyaan-pertanya an mengapa, apa dan bagaimana, saya berusaha untuk menjawabnya sebaik mungkin walaupun di hati ini berasa tidak senang dan letih untuk menjawabnya lantaran berulangkali dan menyebabkan teringat perkara-perkara yang menyedihkan. Namun saya faham keprihatinan family dan sahabat-sahabat semua kepada kami.

Bermula dengan menghantar Nur Fatimah ke Nursery dengan gelak tawa yang cukup menghiburkan, mendapat panggilan dari pengasuh bahawa setelah lama menangis, tiba-tiba Nur Fatimah lemah, saya terus ke Nursery dengan linangan air mata dan melihat Nur Fatimah berda dalam dakapan owner Nursery yang sampai dahulu dari saya. Menyangka Nur Fatimah inginkan ibunya, saya terus mendakap dan ingin menyusukannya, namun takut di hati apabila Nur Fatimah tidak membuka matanya dan kejang seperti sawan dan terus menghantarnya ke Hospital An-Nur tempat kelahirannya dan dipindahkan ke wad kanak-kanak di Hospital Putrajaya lebih kurang pukul 3 petang Khamis 9 Oktober 2009. Sepanjang perjalanan ke Hospital An-Nur, saya tidak putus-putus membacakan Fatihah, Ayat Kursi dan ‘Bismillahillazi La Yadurru...’ kepadanya. Beberapa kali Nur Fatimah kekejangan di kereta dan juga di wad kanak-kanak walaupun telah dimasukkan ubat anti sawan. Setelah otak discan dan diambil air tulang belakangnya di wad kanak-kanak, dalam pukul 1pagi Jumaat, saya melihat wajah Nur Fatimah dan ketika itu tiba-tiba matanya terbuka dan kemudian tertutup, seolah-olah malaikat telah menjemputnya pergi, kemudian alat pengukur kandungan oksigen menunjukkan penurunan mendadak oksigen dalam badan namun kemudiannya normal. Setelah nurse pergi, saya melihat kembali wajah Nur Fatimah, namun terkejut melihat tiada tanda-tanda pernafasan di badannya dan melihat mulutnya seperti menyedut udara. Saya panggil doktor dan doktor sudah ‘standby’ dengan ‘alat renjat’, namun tidak digunakan kerana setelah mengepam bantuan pernafasan, jantung Nur Fatimah kembali berdenyut. Setelah dimasukkan ke ICU, di luar ICU, suami mengangkat tangan berdoa dan saya mengaminkan dengan sedu sedan menangis.. “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha” antara doa yang diingati.

“ Kita doa yang terbaik untuknya ya,” dengan mata merah, abang mengingatkan saya.. Benar, kekuatan abang menyebabkan saya berusaha untuk tabah dan redha..

14 HARI DI ICU

Sepanjang tempoh ini, perkara paling menakutkan kami adalah apabila berjumpa dengan doktor. Sejak dari mula lagi doktor telah mengingatkan dan memberikan segala sebab musabbab realiti agar kami bersedia.

” Nur Fatimah mengalami kecederaan otak yang sangat teruk. Dari scan kedua, memang nampak lebih teruk lagi. Mengikut pengalaman kami, dari dua kes terdahulu, memang berakhir dengan kematian. Saya minta maaf sangat, tetapi kami berusaha yang terbaik, memang kita perlu berusaha dan bersangka baik, dengan izin Allah ada miracle, tetapi kita perlu tahu juga realitinya mengikut ilmu perubatan.”

Bertanya kepada Doktor Arini, pakar kanak-kanak Hospital Putrajaya, pelbagai perkara, simptom, punca dan sebagainya, namun hakikatnya, benar semuanya adalah musabbab yang Allah berikan. ” Biasanya terjadi di nursery, mak ayah jangan salahkan diri, saya faham mak ayah risau, lagipun anak pertama, baby nangis banyak takkan terjadi kecederaan sebegini, biasanya terjadi dengan sebab goncangan yang kuat biasanya dengan sebab kemarahan, atau hayunan buaian kuat menyebabkan gegaran di kepala.” Air mata tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk keluar kerana memikirkan takut-takut kesalahan saya menyebabkan Nur Fatimah begitu. Berulangkali Doktor menjelaskan kepada kami kerana berulangkali juga kami bertanya sama ada boleh tak terjadi sekiranya kerana berjalan jauh semasa raya, takut nur fatimah penat atau kerana banyak sangat nangis sehingga kata-kata orang menyebabkan kurang oksigen sampai ke kepala.

14 hari di ICU juga tidak putus-putus kami membaca Fatihah, Ayat Kursi dan Yasiin kepada Nur Fatimah dengan niat supaya menjadi penawar, syifa’ kepadanya, sehingga suami sempat bergurau, ”nanti kalau Nur Fatimah sihat, mesti dia dah hafal surah Yasin.” 14 hari di ICU juga, pelbagai masjid menunaikan solat hajat, sanak saudara dan sahabat pula tidak putus-putus berkunjung, terima kasih diucapkan. Setiap kali bertemu Nur Fatimah, hati rasa bersemangat kembali walaupun masih tidur. Ucapan kami tidak putus-putus pada telinga Nur Fatimah, ” Mama Baba sayang sangat pada Nur Fatimah, Mama Baba minta maaf segala salah silap mama baba pada Nur Fatimah ye, Mama Baba doakan yang terbaik untuk Nur Fatimah, Nur Fatimah bukalah mata, baliklah dengan mama baba kat rumah”Juga berusaha pelbagai perkara, selain ubat doktor, ubat-ubat lain yang dibenarkan juga beserta air zam-zam serta air penawar juga diberikan, berusaha sedaya mungkin kerana kita tidak tahu taqdir yang Allah tentukan padanya, harapan kami tentulah puteri Nur Fatimah sihat dan sembuh...

12 Oktober 2009 merupakan genap setahun pernikahan kami, namun Allah menguji kami dengan ujian berat ini, Nur Fatimah masih ’tidur’ di ICU. SMS baba pada kami : ”Abg dan Djah! Setahun berlalu abg dan Djah bergelar suami isteri. Sudah 3bulan menjadi ayah dan ibu kepada puteri Nur Fatimah. Ulangtahun abang dan Djah dikalong ujian dari Allah, putri cucu ba dan ma , ’tidur’ tenang. Luruh segala kudrat, kering air mata, sebak melanda jiwa, cucu ba dalam ujian Ilahi. Yang terdaya cumalah munajat yang sarat dengan hajat, agar Nur segera sihat. Abg n Djah, la tahzan! Ba, Ma dan adik-adik ucapkan ’tahniah’ sempena setahun berijab qabul. Kami terlalu sayang pada abang n kak Khadijah, dan sekuntum melur cantik, Nur Fatimah! Ba sebak dalam tangisan!”

3 Zulkaedah 1430H, 22 Oktober 2009, ALLAH LEBIH SAYANGKAN NUR FATIMAH

Pukul 4.30pagi Khamis, nurse di ICU call minta datang ke ICU, heartbit semakin menurun. Bergegas ke ICU, pukul 4.55 pagi, kami sampai dengan emak yang tidur bersama di rumah. Sesampainya di sana, heartbit dan tekanan darah semakin lemah. Kami berulang kali membaca Yasiin, Surah Al-Ikhlas, Surah Fatihah dan ayat Kursi serta membisikkan syahadah kepada Nur Fatimah. Benar, janji Allah pasti berlaku. Sesudah kami menunaikan solat Subuh, saya mohon pada Doktor untuk memangku dan memeluk Nur Fatimah, doktor izinkan. Dengan masih bantuan pernafasan di mulut, Nur Fatimah berhenti bernafas di pangkuan, sebagaimana kata doktor, lama-lama jantung tidak akan larat juga untuk mengepam walaupun ada bantuan pernafasan. Nur Fatimah ’tidur selama-lamanya’ di pangkuan mama bersama baba dan nenek. Air mata masih lagi laju seperti tidak mahu berhenti, namun mulut masih lagi membisikkan laa Ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah kepada Nur Fatimah. ” Tenanglah sayang, Allah lebih sayang pada Nur Fatimah.

” Itu yang terbaik pada Nur Fatimah, abang masih lagi ada Khadijah” kata-kata abang bagai menyimbah air di hati. Benar, apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk Nur Fatimah, dunia dan akhiratnya. Syukur pada Allah yang mencampakkan rasa ketenangan dan redha dalam hati sepanjang hari itu. Hati rasa puas dapat menjaga Nur Fatimah, dapat membaca Al-Quran bersamanya dan dapat mengalirkan susu di dalam badannya walaupun melalui tiub. Ketika mengambilkan wudhu’ ke badan Nur Fatimah selepas memandikannya, membasuh tangan Nur Fatimah sambil berkata dalam hati,” Nur Fatimah, nanti pegang tangan mama baba kuat-kuat ye sayang dalam syurga, tolong mama baba dapat sama-sama di syurga.” Ketika membasuhkan kakinya, ” Nur Fatimah, tunggulah mama baba sama-sama di syurga ya!”

Talkin yang baba baca di perkuburan menyebabkan air mata tumpah lagi, ”pasti cucu baba sedang bermain-main di syurga, jumpa tok ismail, tok piah.” begitulah yang selalu tok wan baba cakap. ”Title datuk dah ditarik balik nampaknya!”wan baba kata pada kawannya. ”Mak, cucu mak dah tinggal 8orang balik, ain je cucu perempuan mak” abang kata pada mak.

JAULAH PUTRAJAYA

Hari sabtu, 2 hari kemudian, kepala semakin lapang dapat berjalan-jalan sambil bergambar di putrajaya bersama baba,mama dan adik-adik. ” Kalau Nur Fatimah ada mesti dia yang jadi subject kita ambil gambar.”

Banyak benar pengajaran dan ingatan Allah kepada hamba-Nya yang sememangnya lemah ini, yang kadangkala melupaiNya. Nyawa kita berada dalam genggaman-Nya. Perlu sentiasa bertaubat lantaran kadang-kadang hati kita mungkin terlupa dengan kekuasaanNya, bangga diri atau takbur dengan pemberianNya, melupai bahawa Allahlah penjaga makhlukNya. Ujian Allah sebenarnya menjinakkan kembali hati dan menguatkan kembali rohani, moga-moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan memberikan yang lebih baik lagi di kemudian hari..

”Nur Fatimah, mama baba sayang sangat pada Nur Fatimah, tapi Allah lebih sayangkan Nur Fatimah! Nur Fatimah tetap permata hati mama baba, anak sulong mama baba! Doakan mama baba dapat bersama-sama Nur Fatimah di syurga, jangan lupakan mama baba...”

Ya Allah, kami mohon yang lebih baik dari-Mu, Engkau yang Maha Mengetahui yang lebih baik dan terbaik, bantulah kami sentiasa mengingatiMU, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalan kami semata-mata keranaMU... Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan kami zuriat selama 108hari, menatap wajahnya, menyusukannya dan menjaganya, Maha Suci Engkau dan Maha Penyayangnya Engkau kepada hamba-hambaMu, pandanglah kami dan janganlah Engkau tinggalkan kami, bantulah kami dalam segala urusan kami, wahai Allah, Tuhan yang Maha Memberi..

Alhamdulillah. ...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails